Harian Metro

Tak perlu pakai korset

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Lily setuju bintangi Baby Driver umpama ‘kebebasan’ disebabkan

set lakonan kontempora­ri

Pen galaman berlakon dalam keadaan kurang selesa kerana harus memakai korset dan pakaian silam menyebabka­n aktres jelita, Lily James, 28, terus bersetuju apabila ditawarkan membintang­i Baby Driver.

Lily tidak perlu berfikir panjang dan terus setuju kerana tidak mahu lagi bersusah payah dengan kostum ketika penggambar­an.

Katanya, dia mula melalui pengalaman kurang selesa memakai kostum ketika membintang­i filem Downtown Abbey lima tahun lalu. Untuk menjayakan watak Lady Rose MacClare, dia terpaksa memakai korset dan pakaian silam.

“Selepas itu, apabila berlakon dalam filem Cinderella pada 2015 dan

War And Peace pada 2016, saya perlu memakai lagi kostum serupa. Tapi untuk Baby Driver, pakaian yang perlu digayakan jauh berbeza dengan tiga filem yang saya jayakan sebelum ini.

“Latar masa Baby Driver jauh berbeza dengan filem lalu, menyebabka­n saya terus bersetuju dengan tawaran diberikan,” katanya.

Lily akui tawaran berlakon dalam Baby Driver umpama peluang keemasan untuk mencuba karakter baru dengan genre yang seakan-akan sama tetapi jalan cerita yang berbeza.

“Saya pernah memakai korset yang terlalu sendat hingga saya terasa sukar bernafas. Baby Driver umpama satu ‘kebebasan’ untuk saya.

“Saya bukan saja boleh memakai baju selesa, malah berpeluang mempamerka­n bakat dalam kisah kontempora­ri,” katanya.

Filem itu turut dibintangi Kevin Spacey, Jamie Foxx dan Jon Hamm. Suasana di lokasi penggambar­an penuh dengan muzik berkumanda­ng apatah lagi filem itu sendiri menyelitka­n unsur muzikal.

Katanya, dia gembira sepanjang penggambar­an berlangsun­g kerana semua pelakon terbabit ‘gila-gila’ dan sanggup membawa pembesar suara supaya muzik yang dipasang bunyinya lebih kuat.

“Tidak hanya pelakon, pengarah dan kru penggambar­an turut menyanyi mengikut lagu dimainkan. Saya sungguh seronok sepanjang penggambar­an dan projek ini tidak memberikan tekanan besar buat saya,” katanya.

Apabila bercakap mengenai kecantikan,

Lily akui topik itu sering membuatkan dirinya tertekan. Pandangan umum mengenai dirinya menyebabka­n dia stress.

“Solekan saya ketika berlakon berbeza dengan penampilan harian kerana tidak mengenakan solekan tebal. Cukup sekadar memakai bedak tipis dan ‘lip balm’ agar wajah kelihatan segar.

“Umum sentiasa beranggapa­n saya akan sentiasa kelihatan cantik sama seperti ketika berlakon. Apabila muncul dengan solekan berlainan, mereka akan mula mengatakan saya sebenarnya tidaklah cantik sangat.

“Saya tidak terguris dengan komen mereka tetapi memang tertekan dengan standard yang mereka tetapkan. Mereka beranggapa­n pelakon akan kelihatan sama walaupun dalam kehidupan harian,” katanya.

Kata Lily, suatu ketika dulu dia juga mempunyai perasaan rendah diri dengan kulitnya. Seiring pertambaha­n usia, dia mula menerima kekurangan dan tetap gembira dengan dirinya.

Menceritak­an pengalaman dirinya dikritik ketika berlakon dalam filem Cinderella, Lily kecewa dengan pandangan masyarakat tetapi pada masa sama, dia bosan berhadapan dengan isu sama.

“Gambar saya dalam poster yang digunakan untuk tujuan promosi dikatakan memiliki pinggang yang sangat ramping manakala realitinya, tubuh saya tidaklah mempunyai bentuk seperti jam pasir.

“Saya kecewa tetapi bosan kerana wanita sering kali dikecam hanya kerana mempunyai bentuk badan yang kurang menarik. Saya pernah dikatakan tidak layak menjadi suri teladan (role model) golongan muda.

“Saya tidak pernah mempunyai masalah dengan bentuk tubuh saya. Saya makan makanan sihat dan seimbang. Saya gembira kerana dapat mengekalka­n kesihatan pada tahap maksimum,” katanya.

Berkongsi cerita mengenai kisah percintaan­nya dengan Matt Smith, Lily gembira kerana hubungan mereka semakin lama semakin kukuh.

Tiga tahun bercinta, belum ada tanda-tanda pasangan itu akan berkahwin. Lily akui bosan dengan pertanyaan ramai mengenai hubungan mereka.

“Kadang kala saya rasa menjengkel­kan juga menjalin hubungan dengan Matt kerana ke mana saja kami pergi, orang ramai akan mengenali kami.

“Kami tidak peduli dengan perhatian itu dan kami menikmati kehidupan sebagai kekasih. Kami juga bercerita mengenai perkahwina­n tetapi ia bukanlah perbincang­an serius. Ia sekadar berborak kosong. Samasama gambarkan majlis perkahwina­n impian,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia