Harian Metro

Perkenal single terbaru

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Evon, Bang Soda cuba nasib agar lagu mereka menangi hati peminat

Kemun culan ramai penyanyi baru dalam industri muzik tempatan ketika ini mewujudkan persaingan sangat sengit.

Penerimaan terhadap karya didendangk­an tidak kepada penyanyi semata-mata sebaliknya bergantung kepada lagu dan sejauh mana melodi mampu memenangi hati peminat.

Pandangan itu dipersetuj­ui dua penyanyi baru, Bang Soda dan Evon Song Ee Hoong yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman MVM Music.

Mereka kini mencuba nasib mengembang­kan bakat menerusi single terbaru mereka.

Bang Soda atau Ahmad Shukri Zakaria tampil dengan single Rasa Cinta yang juga percubaan kali ketiga buatnya.

Dia akui Rasa Cinta akhirnya membuahkan hasil apabila single terbaru diedarkan Januari lalu, mula diputarkan di radio dan mendaki carta lagu popular tempatan.

Evon, 26, mencuba nasib dengan genre rock dangdut dengan single Buaya Kaya.

Katanya, dia memilih lagu berentak itu untuk menapak dalam industri muzik tempatan.

Ditemui di sesi fotografi khas baru-baru ini, mereka yakin penyanyi tidak harus berputus asa sekiranya percubaan pertama gagal.

Bagi mereka memberi apa yang pendengar mahu adalah penting kerana yang menentukan sesebuah karya diterima adalah lagu dan bukan orang yang mendendang­kannya.

Kata Soda, dia sudah lama berkecimpu­ng dalam industri muzik sejak usia remaja tetapi peluang tidak pernah berpihak kepadanya.

Dia mencuba nasib bergelar penyanyi sejak 2012 dan waktu itu masih lagi menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Seni Persembaha­n.

“Saya cuba menyertai pertanding­an dan program realiti TV mahupun radio termasuk Seiras Seirama dan Rockstars Johara.

“Sewaktu menyertai Seiras Seirama, saya memilih menyerupai Hafiz kemudian menyertai Rockstars Johara untuk mencuba genre baru,” katanya yang sejak dulu suka dengan lagu balada dan karya didendangk­an Hafiz Suip.

Katanya, selepas menyertai Seiras Seirama dan Rockstars Johara, dia dilamar KRU Music untuk menjadi anggota kumpulan Hashtag.

“Waktu itu saya digabungka­n dengan Hez Hazmi tetapi usaha itu tidak berapa berjaya kerana lagu ditampilka­n kumpulan Hashtag adalah pop, sedangkan sewaktu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia