Harian Metro

Hadiah untuk bakti seni

- Rashidah Ibrahim am@hmetro.com.my

Tiga tahun diundang menyertai festival kebudayaan di Canberra, Australia memberikan pelbagai kenangan manis kepada penyanyi Rozita Rohaizad apabila berpeluang mewakili negara dalam persembaha­n antarabang­sa.

Jika sebelum ini

Rozita diundang

Tourism Malaysia yang dipertangg­ungjawab dalam penganjura­n persembaha­n dan gerai Malaysia, tahun ini mereka tidak menghantar wakil.

Rozita yang juga anak seniwati Mariani Ismail, menjadi peserta tunggal Malaysia memenuhi undangan secara peribadi di Festival Aneka Budaya Nasional, Canberra ke-21 yang baru berlangsun­g.

Katanya, atas semangat patriotik dan keinginan mengekal jalinan hubungan dengan Act.gov. au, dia sanggup mewakili negara walaupun tidak dilantik secara rasmi.

Berkongsi cerita mengenai festival yang berlangsun­g selama tiga hari, Rozita berpeluang berada di sana selama 10 hari bagi menjayakan pelbagai aktiviti dan lawatan ke destinasi pelanconga­n.

“Tahun ini juga acara anjuran Australian Canberra territory government (Act.gov. au) diadakan serentak sambutan ulang tahun ASEAN ke-21. Jadi saya berpeluang meninjau destinasi menarik di sana,” katanya.

Rozita bersyukur kerana pemergiann­ya seorang diri ke sana dipermudah­kan dengan bantuan kenalan, Rubiah Intan Baizurah Abdul Hamid Abas dan suaminya, Azman Shaari.

“Saya diberi tempat tinggal, selesai program budaya mereka bawa saya melawat. Cuaca tidak terlalu panas dan tidak hujan lebat seperti seminggu sebelumnya.

“Semua berjalan lancar, baik penerbanga­n mahupun penerimaan pihak imigresen. Persembaha­n pula diterima baik penonton, mereka gembira dan sporting,” katanya.

Masih menerima undangan menyanyi untuk pelbagai acara, Rozita yang mula merakamkan album Hari Yang Ku Nantikan pada 1978, puas dengan lawatan selama 10 hari itu ke sana.

Selain memenuhi undangan, Rozita yang juga pelakon dan kini remisier di Jupiter Securities Sdn Bhd berpeluang melancong ke destinasi menarik di negara berkenaan.

Pada hari pertama sampai di Sydney, Rozita terus ke Darling Harbour dan makan tengah hari di Hard Rock Cafe, diikuti meninjau kawasan Hay Market dan melawat Muzium Australia. Petang itu baru sampai di rumah Ruby dan Azman di Oatlands, kira-kira sejam dari bandar Sydney.

Esoknya Rozita dibawa ke La Perouse Beach untuk makan dan membelibel­ah. Pengalaman melawat pantai tempat rakaman filem Mission Impossible dan Darling Harbour cukup mengujakan.

Kata Rozita, pada hari ketiga dia meneruskan perjalanan ke Canberra melalui Goulburn untuk ke Alivio Tourist Park, tempat menginap. Selepas berdandan, dia terus ke Canberra untuk menyertai persembaha­n jam 5.45 petang.

“Selesai acara, sempat meninjau gerai di Festival Aneka Budaya sebelum balik bermalam di Alivio Tourist Park jam 9 malam.

“Kami menginap dua malam di kabin

Alvio Tourist Park. Ia menyediaka­n katil jenis berkembar dan empat katil bertingkat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia