Harian Metro

Rendisi ketiga trilogi klasik

-

FILEM: War For The Planet Of The Apes

ARAHAN: Matt Reeves PELAKON: Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn, Gabriel Chavarria, Judy Greer

GENRE: Aksi drama TAYANGAN: 13 Julai 2017 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Filem rendisi ketiga Planet of the Apes ini boleh dipanggil trilogi klasik kerana mampu menjadi malar segar untuk abad ke-21 ini.

Sebelum ini penonton tidak meletak harapan tinggi pada rendisi 2011, terutama selepas 10 tahun judul itu berada di tangan Tim Burton.

Namun rendisi 2011 itu berjaya menghiburk­an penonton dan menerbitka­n perasaan unik pada satu karakter yang ikonik iaitu watak Caesar.

Watak itu sama ikoniknya dengan watak Hugh Jackman sebagai Wolverine. Keduadua watak ada persamaan sendiri terutama pembabitan mereka dalam peperangan menentang manusia antagonis.

Caesar yang sama inilah penonton lihat daripada seekor haiwan yang dilahirkan suci, dilayan kejam dan akhirnya menjadi pahlawan memperjuan­gkan nasib bangsa monyetnya.

Lakonan dan aksi Andy Serkis sebagai Caesar selayaknya dinobatkan terbaik untuk Oscar.

Jujurnya Serkis memberi segala-galanya untuk watak itu.

Penonton pasti kagum dengan aksi Caesar pada pertarunga­n terakhir ini, apatah lagi dia bersama adikberadi­knya yang sama-sama berjuang pada siri pertama lalu turut muncul.

Babak itu seolah-olah menonton filem hebat peperangan sebelum ini seperti Saving Private Ryan atau Band of Brothers.

Kehadiran watak Steve Zahn lebih kepada ‘comic relief’ pada babak tegang dan situasi itu sangat berguna.

Watak antagonis dipegang Woody Harrelson adalah malangnya pembikin tiada idea untuk kembangkan jalan cerita supernatur­al yang lebih besar.

Watak Claire tiada yang baru berbanding watak remaja yakni mahukan perkara-perkara klise seperti kekayaan, watak gila yang bijak dan boleh disamakan dengan semua karakter antagonis dalam sejarah perfileman dunia.

Pujian terbaik patut diberikan kepada pengarah dan penulis lakon layar kerana berjaya mencipta momen yang benar-benar ikonik dalam judul itu.

Selain itu, skor muzik juga memberi mengagumka­n penonton. Segala-galanya nampak gah melalui skor yang dicipta khas untuk filem ini.

Rumusannya, Planet of the Apes setanding filem klasik hebat seperti Star Wars, Lord of the Rings dan trilogi Batman bawah sentuhan Christophe­r Nolan. populariti, hormat dan teman lelaki kacak.

Rentak plot Wish

Upon sepatutnya lebih suspens sebaik saja Claire ketahui kesan daripada tindakanny­a. Malangnya, watak itu dibiarkan sahaja tenggelam dalam mengejar impian.

Filem ini seolah-olah mengambil masa campurcamp­ur buat penonton. Ada kala babaknya seperti terlalu membosanka­n dan ambil masa lama, kala lain sekejap sahaja sehingga tidak terkesan waktu yang berlalu.

Walaupun banyak bahagian klise, sisi pelakon lain boleh dikatakan bagus. Filem ini lebih sesuai bawah kategori triler berbanding seram kerana penonton akan lebih berasa suspens.

Penonton tidak disajikan dengan babak ‘bermandi darah’ atau bagaimana sesuatu kematian itu berlaku. Lebih sedih, penonton tidak disajikan watak antagonis sebenar, kononnya roh jahat daripada kotak misteri yang disebut-sebut jadi punca kejadian.

 ??  ?? CARTA FILEM
MALAYSIA
1. Spider-Man: Homecoming 2. Transforme­rs: The Last
Knight
3. Despicable Me 3
4. 47 Meters Down
5. The Mummy
6. Reset
7. Vamps
8. House Of The
Disappeare­d
9. Wonder Woman
10. Zombiology: Enjoy
Yourself Tonight
AS
1....
CARTA FILEM MALAYSIA 1. Spider-Man: Homecoming 2. Transforme­rs: The Last Knight 3. Despicable Me 3 4. 47 Meters Down 5. The Mummy 6. Reset 7. Vamps 8. House Of The Disappeare­d 9. Wonder Woman 10. Zombiology: Enjoy Yourself Tonight AS 1....
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia