Harian Metro

ATV EKSTREM

Redah denai sempit, lereng curam selain sungai berbatu nyata uji kemampuan

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Penulis nyaris terbalik sewaktu menunggang motosikal beroda empat yang dikenali dengan ‘all-terrain vehicle’ atau ringkasnya ATV ketika mendaki bukit curam belukar berhampira­n Nur Laman Bestari, Sungai Tua, Gombak.

Secara normal berhadapan detik paling mendebarka­n itu pasti berasa serik, namun tidak bagi penulis yang ditemani jurufoto Mohd Khairul Helmy Mohd Din, berasa detik cemas itu suatu perkara menarik dan mengujakan sepanjang lapan kilometer menyusuri trek berkenaan.

Biarpun pernah menyertai aktiviti sama di lokasi lain, trek ATV disediakan pihak Nur Lembah Bestari tidak membosanka­n, sebaliknya satu lokasi wajar dikunjungi peminat sukan permotoran lasak.

Dalam ekspedisi kali ini disertai sembilan penunggang yang bukan saja meredah denai sempit, malah lereng curam selain sungai berbatu nyata menguji kemampuan pengendali­an motosikal besar itu.

Pada awal tunggangan, taklimat ringkas ketua jurulatih Khairul Azhar Ahmad mengenai keselamata­n begitu dititikber­atkan termasukla­h pantang larang menunggang iaitu larangan menurunkan kaki.

Kata Khairul Azhar, kecederaan boleh berlaku andai penunggang mengambil remeh arahan jurulatih ataupun jurupandu.

“Penting untuk penunggang mematuhi peraturan keselamata­n iaitu mengenakan pakaian sesuai termasuk kasut dan baju sukan, selain aksesori lain seperti topi keselamata­n atau helmet.

“Aksesori lain sarung tangan dan keperluan pihak kru termasukla­h penyediaan ubat-ubatan serta bekalan minuman.

“Kami ada kru yang membawa keperluan teknikal antaranya peralatan membaiki, parang sehinggala­h mesin gergaji andai terdapat keperluan memotong pokok tumbang. Semua aspek ini penting apabila membawa kumpulan penunggang ATV dalam hutan,” katanya yang turut dibantu pengurus teknikal Nava Suyitno Suparno dalam ekspedisi

kali ini.

Peserta dari Gombak, Nur Hanisah Yahya mengakui laluan kali ini paling mencabar dan sukar.

“Sebenarnya selalu juga menunggang ATV tetapi laluan lebih santai. Jalan atau laluan bagi ekspedisi kali ini jauh dan mempunyai begitu banyak halangan mendaki serta menuruni bukit.

“Kalau sekadar turun di laluan kering tidak mengapa tetapi cabarannya ialah untuk melintas cerun ini terdapat sungai yang berbatu yang menyukarka­n penunggang mengendali­kan dengan lancar.

“Malah, cerun didaki juga tidak lurus, sebaliknya berselekoh dan terletak di lereng bukit memerlukan kami penunggang sentiasa berwaspada mengelak ATV terbalik atau terbabas,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Nurafdzal Syazwan Mohamad Nasir pula berkata, pengalaman tersangkut mahupun terbalik dan sebagainya itu sudah menjadi asam garam buat penggemar sukan lasak itu.

“Pernah juga melalui pengalaman terbalik mahupun ATV tersangkut. Tetapi kebaikanny­a semua saling membantu dan bekerjasam­a.

“Ada faktor lain membuatkan aktiviti ini lebih mencabar iaitu keadaan trek selepas hujan membuatkan jalan bertambah curam dan licin. Secara tidak langsung lebih lama masa diambil untuk keluar iaitu dari tiga jam boleh memakan masa sehingga lima jam.

“Bagi saya tiada pula istilah sesal dan takut sebaliknya cabaran itu membuatkan aktiviti ini bertambah menarik dan mengujakan,” katanya menyimpan impian untuk mencuba aktiviti berkenaan di lokasi empat musim pula.

Sementara itu, Pengarah Urusan Nur Adventure Services Sdn Bhd Faizal Mohamed Hassan Mokhtar menyifatka­n kedudukan resort eco berkenaan berhampira­n sungai dan hutan memberi kelebihan kepada pihaknya menawarkan aktiviti itu kepada peminat sukan ekstrem.

“Biasanya kami menyediaka­n program luar seperti merentas hutan, memanjat dinding buatan, ‘flying fox’ dan aktiviti perkhemaha­n baik pelajar mahupun korporat. Dengan adanya ATV ini, satu lagi servis atau produk kami tawarkan buat peminat sukan permotoran berkunjung ke resort kami.

“Tambah pula lokasi kami berhampira­n pusat bandar semestinya satu kelebihan dan ketika ini kapasiti kami kumpulan kecil iaitu tiga hingga empat orang dalam satu masa. Maksimum kurang daripada lapan orang kerana ketika ini kami mempunyai lapan ATV berkuasa 150cc dan dua 200cc bagi tujuan logistik serta teknikal.

“Waktu ialah sekitar jam 8 pagi hingga jam 5 petang bergantung pada permintaan pelanggan. Malah, terdapat pilihan jarak tertentu mengikut tahap kesukaran dan ada juga edisi Fun Ride untuk mereka berkeluarg­a.

“Perancanga­n pihak

Nur Adventure ialah mewujudkan satu lagi pusat ATV iaitu di Sepang dan latar berbeza kerana ia menyajikan pemandanga­n berbukit. Mereka boleh menunggang ATV sampai puncak kemudian menikmati pemandanga­n dari atas.

“Kita berhasrat untuk menambah bilangan ATV selain memantapka­n lagi servis dari segi trek. Malah sebenarnya kami mewujudkan aktiviti ini di resort eco atas permintaan pelanggan yang mahu merasai cabaran menunggang ATV,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TREK licin selepas hujan.
TREK licin selepas hujan.
 ??  ?? SESI latihan sebelum ke lokasi sukar.
SESI latihan sebelum ke lokasi sukar.
 ??  ?? HATI-HATI menuruni bukit.
HATI-HATI menuruni bukit.
 ??  ?? SUNGAI antara perlu diharungi peserta.
SUNGAI antara perlu diharungi peserta.
 ??  ?? PEMAKAIAN topi dan kasut wajib ketika mengendali­kan ATV.
PEMAKAIAN topi dan kasut wajib ketika mengendali­kan ATV.
 ??  ?? BERGILIR-GILIR menuruni bukit.
BERGILIR-GILIR menuruni bukit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia