Harian Metro

Cuba semua menu tempatan

Yasuka kunjungi restoran atau gerai berbeza setiap hari bagi merasai aneka menu

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Terinspira­si dengan sikap berdikari seorang teman berbangsa Inggeris yang menyesuaik­an diri di Jepun tanpa fasih berbahasa tempatan meniup semangat Yasuka Kondo berhijrah dan mencabar keupayaan diri.

Bercita-cita besar untuk mengadu nasib di perantauan, wanita berusia 25 tahun ini menyenarai­kan beberapa negara di Asia Tenggara sebagai destinasi pilihan.

Malaysia menawarkan peluang kerjaya dalam tempoh singkat, akhirnya membawa Yasuka ke negara berdaulat ini.

1. Kali pertama anda menjejakka­n kaki di Malaysia dan tujuannya?

Saya datang ke Malaysia sejak beberapa bulan lalu sebaik menerima tawaran kerja di sebuah pusat bahasa di sini. Sudah menjadi impian saya untuk bekerja di negara asing bagi menimba pengalaman serta menerokai dunia baru.

Walaupun suami memahami impian saya, permulaann­ya dia terkejut dengan keputusan drastik ini. Tambahan pula, dia bekerja di Jepun, maka kami terpaksa berjauhan sementara waktu.

2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum berada di sini?

Malaysia digambarka­n sebuah negara yang kaya dengan kepelbagai­an budaya, masyarakat dan makanan enak.

Apa yang lebih menarik adalah keharmonia­n dan kesejahter­aan antara kaum yang dipraktisk­an.

Malaysia juga negara bermusim panas dan ini menjadi faktor tarikan buat saya.

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang berada di Malaysia?

Tidak banyak masalah yang saya hadapi sepanjang berada di sini meskipun gusar dengan kekangan bahasa dan budaya.

Permulaann­ya, saya bimbang untuk memesan makanan di restoran kerana tidak tahu caranya. Namun, saya bernasib baik apabila ramai teman sentiasa membantu.

Oleh kerana saya menyukai makanan, saya akan mengunjung­i restoran atau gerai berbeza setiap hari untuk mencuba semua jenis menu tempatan.

4. Memori menarik sepanjang berada di Malaysia?

Sejujurnya, saya masih baru di Malaysia dan berharap dapat menimba lebih banyak pengalaman serta mencipta memori indah di sini.

Baru-baru ini, saya menyertai percutian syarikat ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Saya tertarik dengan keindahan laut dan pantainya.

Saya juga berpeluang untuk bercuti di Pulau Langkawi bersama suami kerana saya mengagumi keindahan alam semula jadi, pantai yang bersih dan pemandanga­n yang menakjubka­n.

5. Destinasi pilihan anda?

Pasar Chow Kit kerana buah-buahan dijual pada harga yang murah dan banyak perkara baru saya pelajari dan temui di sana.

Selain itu, saya kerap mengunjung­i banyak restoran di sekitar Petaling Jaya semata-mata mencuba pelbagai jenis makanan di Malaysia.

6. Sajian tempatan pilihan anda?

Nasi lemak dan mi wantan. Saya juga menggemari makanan pedas.

7. Malaysia pada mata anda?

Meskipun Malaysia dipenuhi bangunan pencakar langit, saya fikir kehidupan di sini lebih menyenangk­an kerana kehijauan alam semula jadi dan keramahan penduduk tempatan.

 ??  ??
 ??  ?? MENIKMATI kepelbagai­an
sajian tempatan.
MENIKMATI kepelbagai­an sajian tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia