Harian Metro

MAIN TEPUNG SEJAK KECIL

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@hmetro.com.my

Bermula dengan tolong ibu, kini hampir 20 tahun Faizah buat kek lapis

Mahu memenuhi wasiat arwah ibu serta menyambung legasi perniagaan kek lapis membuatkan Faizah Zakaria menjadikan perniagaan itu sebagai mata pencarian sehingga kini. Sejak kecil dia membantu arwah ibunya membuat kek lapis dan sudah hampir 20 tahun ‘bermain’ dengan tepung serta bahan lain bagi menghasilk­an kek lapis.

“Saya memang meminati bidang bakeri kerana mewarisi daripada arwah ibu. Selain saya, kakak juga mempunyai bakat sama tetapi dia lebih pada pembuatan kuih tradisiona­l.

“Alhamdulil­lah, berkat ‘bermain’ tepung, telur dan bahan asas membuat kek lapis serta menolong arwah ibu menghasilk­ankan kek menjadikan saya sebagaiman­a sekarang,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini.

Sehingga kini, terdapat 13 jenis perisa kek lapis yang dihasilkan Faizah seperti kek lapis durian Musang King, cempedak, masam manis, oreo, Cheese, Nutella, blueberry dan sebagainya.

Hampir 20 tahun membuat kek lapis, Faizah berdepan pelbagai ragam pelanggan. Ada yang pahit dan sebaliknya tetapi tidak pernah mematahkan semangatny­a meneruskan legasi arwah ibunya itu.

“Antara pengalaman yang sukar dilupakan apabila pelanggan yang sanggup tidur di depan rumah kerana menunggu kek mereka yang sedang dibakar.

“Bukan seorang dua tapi lima hingga enam orang. Bayangkanl­ah perasaan saya ketika itu. Namun penantian mereka berbaloi kerana saya berusaha menyiapkan secepat mungkin dan alhamdulil­lah, mereka berpuas hati.

“Ada juga pelanggan yang baru tempah terus datang mahu ambil tempahan sedangkan saya masih membakar kek lapis mereka. Kesudahann­ya saya dimaki dan dimarahi pelanggan. Namun ia tidak pernah membuatkan saya putus asa atau lemah sebaliknya memberi kekuatan untuk terus berdepan dengan karenah pelanggan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PROFIL
Nama: Faizah Zakaria Umur: 31 tahun
Asal: Johor Bahru Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia Idola: Kalsom Muhammad (arwah ibu) FAIZAH bersama kek lapis yang mendapat permintaan tinggi pelanggan.
PROFIL Nama: Faizah Zakaria Umur: 31 tahun Asal: Johor Bahru Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia Idola: Kalsom Muhammad (arwah ibu) FAIZAH bersama kek lapis yang mendapat permintaan tinggi pelanggan.
 ??  ?? BERSAMA suami dan anak.
BERSAMA suami dan anak.
 ??  ?? ANTARA koleksi kek lapis Faizah.
ANTARA koleksi kek lapis Faizah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia