Harian Metro

Teppan Roti John eksklusif

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@hmetro.com.my

Hobi suka mencuba sesuatu yang baru membawa Nafisah Hani Mohammed Isa@

Nazli, 35, meneroka dunia perniagaan makanan roti

John iaitu The Teppan Roti John Carik Western di Sri Kembangan,Selangor.

Memulakan perniagaan setahun lalu, Nafisah berkata, segalanya bermula apabila dia dan rakan-rakannya mahu makan roti John dan mereka mencuba di gerai dan kedai berbeza tetapi semua menu mempunyai rasa dan bahan asas sama.

“Bermula dari situ, dapat idea menjalanka­n perniagaan roti John tetapi dengan resipi dan cara tersendiri. Hampir setahun membuat penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), saya beranikan diri membuka

The Teppan Roti John Carik Western.

“Apa yang membezakan The Teppan Roti John Carik Western dengan roti John lain kami menggunaka­n 100 peratus daging dari Australia, sos buatan serta mayonis buatan sendiri,” katanya ketika ditemui di kedainya, baru-baru ini.

Menurut Nafisah,

The Teppan Roti John

Carik Western hanya menggunaka­n bahan segar serta mengutamak­an cara penyediaan bersih bagi menjamin kualiti makanan.

“Kami perap semalaman daging bersama sos buatan sendiri sebelum memulakan perniagaan keesokan hari. Ia bertujuan memberikan rasa istimewa kepada pelanggan.

“Di sini kami mempunyai lima jenis roti John seperti original, cheese, Hawaiian, super mario, coco remix dan yang paling mendapat sambutan ialah coco remix kerana ia dihasilkan dengan daging salai, cendawan, keju, nanas, sos istimewa dan mayonis.

Bagi meluaskan rangkaian perniagaan­nya, Nafisah berhasrat menjadikan perniagaan The Teppan Roti John Carik Western sebagai francais di sekitar Lembah Klang.

“Kami terima banyak permintaan dan komen positif daripada pelanggan yang berminat menjalanka­n perniagaan francais ini. Insya-Allah, jika diizinkan lepas Aidilfitri kami akan buka lima kedai di sekitar Lembah Klang.

“Saya juga terharu dan terkejut dengan sambutan pelanggan kerana ada yang sanggup datang dari Melaka, Pulau Pinang serta Pahang semata-mata mahu menikmati The Teppan Roti John Carik Western,” katanya.

 ??  ?? NAFISAH dan Mohd Najib Muhamad Halime bersama roti John keluaran mereka.
NAFISAH dan Mohd Najib Muhamad Halime bersama roti John keluaran mereka.
 ??  ?? NAFISAH menyediaka­n roti John kepada pelanggan.
NAFISAH menyediaka­n roti John kepada pelanggan.
 ??  ?? ANTARA roti John yang siap.
ANTARA roti John yang siap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia