Harian Metro

Hotel konsep permotoran

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Tampil unik dan berbeza dengan konsep permotoran penuh yang pertama di Asia, Hype Motorsport­s Hotel yang dikendalik­an oleh Forte Hospitalit­y Management Sdn Bhd (Forte Hospitalit­y Management) menawarkan pakej penginapan yang selesa serta bergaya.

Terletak di lokasi strategik Nilai, Negeri Sembilan ia mengambil masa 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) serta 40 minit dari pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Sebanyak 75 bilik disediakan berkonsepk­an permotoran sepenuhnya daripada susun atur kerusi, katil dan paparan grafik malah beberapa bilik bertemakan legenda dunia perlumbaan motosikal, rali dan Formula Satu (F1) menjadi pilihan seperti Valentino Rossi, Tony Cairoli, Sebastian Loeb dan Michael Schumacher.

Tiga jenis bilik ditawarkan daripada harga RM150 hingga

RM280 terdiri standard, superior dan family dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pendingin hawa kawalan individu, kunci pintu dengan kad sentuh, akses Internet Wi-Fi percuma, televisyen dengan lengkap saluran tempatan, permotoran dan jadual penerbanga­n harian.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Forte Hospitalit­y Management, Johari Mohd Yusof berkata, butik hotel itu dibina di atas tanah hampir satu ekar dengan kemudahan parkir motosikal dan kereta yang memuatkan lebih 100 buah kenderaan dalam satu-satu masa.

“Kami menyasarka­n kepada semua golongan terutama kelab kereta dan motosikal, syarikat korporat dan badan kerajaan untuk menginap selain menganjurk­an aktiviti mereka di sini,” katanya ketika majlis pelancaran hotel itu, baru-baru ini.

Ruang kafe di Paddock Club menawarkan pelbagai hidangan halal lazat daripada sarapan pagi hingga makan malam disediakan oleh cef berpengala­man. Ruang itu juga boleh diubah suai mengikut keperluan majlis seperti pelancaran produk baru, persembaha­n atau aktiviti berkumpula­n dengan ruang lobi luas untuk dijadikan pusat pameran kenderaan atau motosikal.

Mula beroperasi 7 Julai lalu, majlis pelancaran Hype Motorsport­s

Hotel disempurna­kan Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia (Promosi), Datuk Seri Abdul Khani Daud.

 ??  ??
 ??  ?? HOTEL berkonsepk­an
permotoran.
HOTEL berkonsepk­an permotoran.
 ??  ?? BILIK yang selesa dengan pelbagai kemudahan.
BILIK yang selesa dengan pelbagai kemudahan.
 ??  ?? JOHARI (kiri) dan Khani (tengah) pada majlis pelancaran.
JOHARI (kiri) dan Khani (tengah) pada majlis pelancaran.
 ??  ?? RUANG kafe yang boleh disesuaika­n untuk pelbagai
aktiviti.
RUANG kafe yang boleh disesuaika­n untuk pelbagai aktiviti.
 ??  ?? KERUSI urut disediakan dalam bilik terpilih.
KERUSI urut disediakan dalam bilik terpilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia