Harian Metro

Minyak enjin habis

- Ahmad Salihin Abd Rahim skrudanspa­nar@gmail.com

Kereta saya sentiasa perlu ditambah minyak enjin anggaran sekitar satu liter sebulan. Apakah punca ia berlaku?

Iqmar Azman, Rawang, Selangor

Banyak faktor masalah itu berlaku. Kita sebagai pengguna harus bijak mencari sebabnya dan dapat menjimatka­n kos pembaikan.

Kekurangan minyak pelincir disebabkan kebocoran dan perlu periksa jika terdapat tompokan minyak di tempat anda meletakkan kereta dan sekiranya ada penebat, gasket atau oil-seal yang pecah serta bocor lalu menyebabka­n minyak pelincir keluar.

Teliti enjin kereta anda jika ada kesan minyak meresap keluar dan ia amalan mudah tetapi amat baik untuk dipraktikk­an kerana mengelakka­n kerosakan besar enjin disebabkan ketiadaan minyak pelincir jika dibandingk­an dengan kos pembaikan kereta.

Jika ada minyak meresap keluar melalui penebat atau gasket, kawasan bocor itu membolehka­n air meresap masuk.

Minyak pelincir bercampur air akan kehilangan kuasa pelinciran­nya lalu mengakibat­kan kehausan yang melampau pada enjin anda.

Periksa juga batang penyukat minyak pelincir sama ada warna minyak menjadi keputihan dan tidak kehitaman kerana minyak tampak putih apabila bercampur air dan perlu ditukar segera serta mencari punca kemasukan air itu.

Dalam beberapa kes, minyak pelincir boleh keluar melalui oil-seal pada injap terutama apabila lorong injap (valve-guide) terlalu haus.

Ini mungkin terjadi pada enjin yang berusia dan penyebab utama penggunaan minyak pelincir lebih tinggi daripada biasa.

Dalam kes enjin sudah berusia, gegelang omboh atau piston ring mungkin menjadi haus dan enjin empat lejang lazimnya mempunyai tiga piston ring atau gegelang piston pada setiap piston atau omboh.

Piston ring paling atas adalah untuk mampatan kebuk pembakaran (com- pression ring) dan begitu juga piston ring yang kedua (di tengah).

Piston ring yang ketiga iaitu yang paling bawah ialah oil-scrapper ring atau oil-ring berfungsi untuk menyasarka­n minyak pelincir dari dinding blok enjin apabila omboh atau piston ini bergerak ke atas dan ke bawah.

Jika diperhatik­an secara fizikal, reka bentuknya juga berbeza daripada dua piston ring yang di atasnya dan jika patah atau rosak minyak pelincir akan ‘terlepas’ ke atas dan memasuki kebuk pembakaran dan akhirnya keluar bersama gas pembakaran melalui ekzos.

Jika kerosakan ini masih rendah kita tak nampak ia keluar daripada ekzos kecuali pada kelajuan enjin yang tinggi dan asap putih yang keluar daripada ekzos kereta anda menandakan kerosakan piston ring yang agak teruk.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia