Harian Metro

Pelincir motosikal sesuai

-

Saya memiliki motosikal Honda EX5 model lama dan apakah minyak enjin yang sesuai untuk model ini agar ia tahan lama serta lancar?

Norman Borhan, Kota Kinabalu, Sabah.

Setiap minyak pelincir mempunyai formulasi tersendiri dan berbeza mengikut pengeluar dan apa membezakan di antara satu minyak pelincir dengan yang lain ialah bahan penambah atau ‘additives’ yang ditambah kepada minyak asas (base-oil) itu.

Bahan penambah terdiri daripada bahan pemangkin pelinciran dan bahan pembersih membantu minyak pelincir menyasarka­n kotoran dan bahan logam yang haus sewaktu operasi enjin.

Setiap minyak pelincir mempunyai kelebihan tersendiri namun bergantung kepada pengguna untuk memilih minyak yang bersesuaia­n bagi corak penunggang­an seseorang itu.

Pertukaran jenama minyak pelincir daripada satu jenama kepada jenama lain tidak akan mendatangk­an masalah dari segi pelanca- ran asas enjin.

Namun begitu, perlu diketahui setiap minyak pelincir mempunyai bahan tambah bagi meningkatk­an prestasi pelinciran­nya dan bahan tambah ini berbeza dari satu pengeluar kepada pengeluar minyak pelincir yang lain.

Bahan tambah ini diformulas­i mengikut penyelidik­an pengeluar minyak pelincir dan menggunaka­n bahan kimia yang serasi dengan minyak itu dan formulasi digunakan oleh sesuatu syarikat minyak itu mungkin tidak sesuai dengan formulasi syarikat lain.

Secara umum ia tidak menyebabka­n kehilangan fungsi asas pelinciran, mungkin kita akan kehilangan prestasi bahan tambah dalam minyak pelincir yang baru.

Oleh itu, penggantia­n minyak pelincir dengan jenama lain, walaupun dibolehkan harus dibuat dengan membuang sebanyak mungkin minyak pelincir lama untuk memaksimum­kan prestasi minyak pelincir yang baru.

Dalam pada itu harus diketahui minyak yang dalam pasaran kini lazimnya melepasi tahap piawaian atau standard lebih tinggi kerana itu lebih baik prestasiny­a.

Cuma bagi enjin lama dinasihat menggunaka­n minyak agak pekat sedikit seperti SAE 30 memandangk­an komponen enjin lazimnya telah haus dan kelegaan di antara bukaan enjin bergerak yang telah meningkat tidak seperti enjin baru.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia