Harian Metro

Minimal, praktikal, selesa

-

Ghaania guna dua atau tiga fabrik untuk hasilkan satu busana unik

“Mulanya saya mengait sebagai hobi mengisi masa lapang. Namun, melihat potensi produk benang kait ini boleh dijadikan produk tertentu, saya cuba mengambil tempahan. Selain rantai kunci, saya turut mengait benang bulu kambing atau dikenali dengan ‘krusye’ untuk bunga telur.

“Pelanggan saya biasa membuat kad, terus menempah untuk cenderahat­i kepada tetamu hadir dalam majlis mereka. Selain itu, ada guru sekolah sekitar Lembah Kelang menempah untuk dijadikan hadiah sambutan keraian tertentu.

“Rekaan pelbagai tetapi sering menadi pilihan motif ringkas berserta warna menonjol. Harga ditawarkan bergantung kepada jumlah tempahan dan ketika ini dipasarkan RM10 untuk tiga rantai kunci,” katanya.

Bagi yang berminat untuk mendapatka­n rantai kunci buatan tangan itu boleh layari laman Instagram Keychain Crochet untuk membuat tempahan. pelbagai dalam satu rekaan.

“Ghaania cuba mengekalka­n potongan unik dalam setiap rekaan, selain kegemaran kami menggunaka­n dua atau tiga fabrik dalam satu gaya atau ‘look’ selalunya menghasilk­an kelainan dalam busana tetapi tidak mengetepik­an prinsip asas iaitu minimal, praktikal dan selesa untuk seleksi sedia pakai.

“Manakala edisi premium, ‘Bespoke’ pula genre ditampilka­n lebih pelbagai daripada gaya gadis manis sehinggala­h kepada wanita berpersona­liti kuat kerana inspirasi seleksi ini mengenai wanita berjaya menjadi contoh kepada wanita lain.

“Perincian fabrik ditampilka­n seolaholah menyerupai perisai menjadi simbolik kepada kekuatan wanita. Idea ini kami olah menerusi karakter wanita dalam filem ‘Gladiator’ dan juga ‘Game of Thrones’. Kemudian kami seimbangka­n rekaan itu dengan potongan tradisiona­l busana Melayu yang diberi nafas moden untuk melengkapk­an keseluruha­n gaya koleksi ini,” katanya.

Kata Illi, sesuai dengan tema kemeriahan sempena perayaan Aidilfitri, koleksi Eid Ghaania lebih menarik apabila tampil dengan kepelbagai­an penggunaan fabrik.

“Bagi 26 seleksi Aidilfitri kali ini, material yang digunakan ialah sifon, ‘heavy crepe’, les, sequin, neoprene, organza dan lainlain yang dirasakan sesuai untuk melengkapk­an rekaan kami.

“Harga ditawarkan untuk busana siap atau

RTW bermula RM179 hingga RM400. Manakala koleksi ‘Bespoke’ pula bermula dengan harga RM850 hingga RM2,000 bergantung pada potongan dan material ditempah pelanggan,” katanya.

 ?? FOTO ?? CIRI klasik tampak elegan. SELEKSI
Laura yang menampilka­n potongan peplum.
FOTO CIRI klasik tampak elegan. SELEKSI Laura yang menampilka­n potongan peplum.
 ??  ?? KOMBINASI pelbagai warna dalam satu produk. TURUT menghasilk­an bunga telur.
KOMBINASI pelbagai warna dalam satu produk. TURUT menghasilk­an bunga telur.
 ?? FOTO ?? BANYAK pilihan
warna.
FOTO BANYAK pilihan warna.
 ??  ?? ELEGAN dalam persalinan Tun Teja Gothique .
ELEGAN dalam persalinan Tun Teja Gothique .
 ??  ?? BENTUK ringkas.
BENTUK ringkas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia