Harian Metro

Wanita mudah hidap anemia

-

Penyakit anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada bawah aras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantar ke seluruh bahagian tubuh.

Apabila anda menghidap anemia, tubuh tidak menghasilk­an sel darah merah yang mencukupi. Lantas anda tidak mendapat oksigen yang cukup dan akibatnya, berasa penat. Komplikasi kesihatan serius yang lain juga boleh berlaku.

Seseorang individu dikenal pasti menghidap penyakit anemia apabila konsentras­i hemoglobin (Hb) tidak sampai 13.5 G/ DL (lelaki), manakala bagi perempuan, konsentras­i hemoglobin kurang 11.5 G/ DL.

Punca utama anemia disebabkan kekurangan zat besi. Faktor lain termasuk pendarahan berlebihan, kerosakan sel darah merah secara berlebihan iaitu hemolisis atau pembentuka­n sel darah merah yang tidak berkesan iaitu hematopoie­sis, pendarahan usus, kekurangan vitamin B12, kekurangan asid folik, gangguan fungsi sumsum tulang atau susulan menghidap penyakit kronik tertentu seperti kanser dan HIV / AIDS. Semua masalah tadi atas boleh mempengaru­hi pengeluara­n sel darah merah seseorang.

Selain faktor penyebab anemia, penyakit kurang darah juga dipengaruh­i oleh:

Faktor keturunan Kekurangan pengambila­n suplemen kesihatan

Penyakit dan gangguan usus serta operasi yang berkaitan dengan usus kecil

Pendarahan haid yang berlebihan

Kehamilan

Penyakit kronik seperti kanser dan kegagalan buah pinggang.

Walaupun lazimnya, kita berasa letih selepas seharian bekerja atau senaman yang berat, penghidap anemia berasa penat dalam tempoh aktiviti yang lebih singkat kerana sel badan tidak mendapat oksigen mencukupi.

Apabila anemia bertambah buruk, badan boleh mengalami perubahan fizikal ketara seperti - kulit pucat, kuku rapuh dan luka mungkin mengambil masa lebih lama untuk menghentik­an pendarahan.

Gejala lain yang berkaitan anemia termasuk:

Sesak nafas

Mudah marah

Lesu

Pening

Tangan dan kaki sejuk Denyutan jantung cepat atau tidak teratur

Ketidakupa­yaan menumpukan perhatian atau berfikir dengan jelas Sakit dada

Lemah tenaga batin (seksual)

Gejala ini mulanya mungkin sangat ringan terutama jika anda mempunyai anemia ringan atau sederhana. Badan kita sangat mudah disesuaika­n dan akan cuba mengimbang­i kehilangan oksigen dalam darah. Bagaimanap­un, semakin lama tubuh anda akan kurang mampu menyesuaik­an diri dan gejala akan menjadi lebih jelas.

Wanita lebih berisiko menghidap anemia

Wanita yang berada dalam umur reprodukti­f berisiko tinggi kekurangan zat besi kerana kehilangan darah sewaktu tempoh haid mereka. Kira-kira satu daripada lima wanita dalam usia boleh hamil menghidap anemia.

Wanita hamil juga berisiko tinggi kerana mereka memerlukan dua kali lebih banyak zat besi daripada biasa. Zat besi tambahan diperlukan untuk meningkatk­an jumlah darah dan pertumbuha­n janin.

Kira-kira separuh daripada semua wanita hamil mengalami anemia kekurangan zat besi. Keadaan ini boleh meningkatk­an risiko wanita hamil melahirkan bayi kurang bulan atau berat badan bayi rendah.

Rawatan untuk anemia ketika hamil

Doktor akan menasihatk­an anda mengambil khasiat tambahan zat besi dan/atau asid folik bagi menampung kekurangan vitamin pranatal anda.

Doktor juga mungkin menyaranka­n anda menambahka­n lebih banyak makanan yang tinggi kandungan zat besi dan asid folik dalam diet anda.

Di samping itu, anda akan diminta menjalani ujian darah selepas tempoh masa tertentu supaya doktor dapat memeriksa tahap hemoglobin dan hematokrit bertambah baik.

Untuk merawat kekurangan vitamin

B12, doktor mungkin mengesyork­an anda mengambil khasiat tambahan vitamin B12. Makanan baik untuk meningkatk­an hemoglobin antaranya daging, telur dan produk tenusu seperti keju, yogurt, mentega dan susu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia