Harian Metro

Susu kultur cegah barah usus

-

Penyakit berkaitan

sistem penghadama­n penyebab kematian keenam tertinggi di Malaysia

mempunyai pelbagai faedah kesihatan.

Kajian setahun dipelopori UKM dijalankan di Malaysia dan relevan kerana menggunaka­n rakyat negara ini sebagai sampel berlatar belakang amalan diet serta gaya hidup rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, fakta dikeluarka­n KKM tahun lalu mendedahka­n penyakit sistem penghadama­n punca keempat bagi kemasukan di hospital swasta, punca ketujuh kemasukan ke hospital kerajaan serta punca keenam kematian bagi kedua-dua hospital kerjaan dan swasta.

“Dalam laporan tahunan 2011 dikeluarka­n KKM pula mendedahka­n kanser kolorektum adalah kanser kedua paling lazim dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Ia menjelaska­n 15.7 peratus kanser dalam kalangan lelaki dan 10.4 peratus kanser dalam kalangan wanita. Kanser didapati berlaku pada semua peringkat umur tetapi risikonya meningkat mengikut usia.

“Selepas berusia 60 tahun, kadar kejadian dalam kalangan lelaki melangkaui wanita,” katanya ketika ditemui pada Hari Kesihatan Penghadama­n Sedunia 2017 di ibu negara barubaru ini.

Sementara itu

Pengerusi Persatuan Kesihatan Penghadama­n Malaysia (DHM) Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata kajian dilakukan membantu sains mencari jawapan kepada banyak persoalan mengenai fungsi usus dan bagaimana ia bekerja.

“Dengan itu, kami merancang meluaskan peranan dalam membantu membina hubungan rapat di antara institusi pengajian dan industri,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar Malaysia Milk Sdn Bhd Michael Ong berkata, pihaknya sentiasa menyokong langkah pencegahan.

“Tahun ini kami berpuas hati dengan kerjasama rapat bersama pakar PPUKM dan berjaya mendapat kefahaman yang lebih baik khususnya mengenai sistem penghadama­n yang sihat.

“Kajian itu juga membuktika­n keberkesan­an probiotik di dalam minuman susu berkultur yang membuatkan kami sangat teruja,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri Ong bersama Hilmi (tengah) serta Timbalan Pengarah Urusan Vitagen, Michael Thio ketika sambutan Hari Kesihatan Penghadama­n Sedunia 2017 baru-baru ini.
DARI kiri Ong bersama Hilmi (tengah) serta Timbalan Pengarah Urusan Vitagen, Michael Thio ketika sambutan Hari Kesihatan Penghadama­n Sedunia 2017 baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia