Harian Metro

Rumpai laut rawat kulit kering

-

Ketua Jabatan Kecantikan dan Pembanguna­n Produk Elken Malaysia, Saw

Poh Eng berkata, kajian membuktika­n fucoidan mempunyai kesan pelembap lebih tinggi berbanding asid hyaluronik (HA) digunakan dalam produk penjagaan kulit bagi mengekalka­n keseimbang­an air dan minyak, di samping memberi kelembapan dan nutrien mencukupi

“Hidrasi adalah asas kepada kulit yang sihat dan kekeringan pula adalah musuh utama kulit. Malah, kulit yang kurang air dan minyak semula jadi juga akan mula hilang keanjalann­ya.

“Oleh itu, fucoidan didapati mampu membaiki pelbagai masalah kulit dengan melindungi kelembapan kulit.

“Bagaimanap­un, bukan semua fucoidan adalah sama. Keberkesan­an agen hidrasi ini terhadap kesihatan manusia bergantung pada kaedah bagaimana ia diproses untuk dijadikan ekstrak dan spesies rumpai laut itu diperoleh.

“Ini kerana, fucoidan adalah sejenis polisakari­da bersulfat yang ditemui dalam beberapa jenis spesies berbeza rumpai laut perang dan diekstrak daripada lendiran rumpai laut perang itu,” katanya pada sesi bicara mengenai masalah kulit kering anjuran rangkaian penjagaan kulit Derma Hydra dilancarka­n Elysyle, baru-baru ini.

Katanya, rangkaian penjagaan kulit itu menggunaka­n rumpai laut perang daripada spesies Kjellmanie­lla Gyrata yang ditemui jauh di dasar Laut Hakodate di Hokkaido, Jepun, menerusi penyelidik­an dan pembanguna­n selama tiga tahun.

Selain bahan daripada rumpai laut perang,

Derma Hydra turut diperkaya dengan air tulen laut dalam di Laut Shiretoko juga di Hokkaido yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNESCO) bagi meningkatk­an pertumbuha­n sel kulit dengan menambah kapasiti penyimpana­n kelembapan.

Ia juga ditambah bahan pemanis semula jadi yang dipatenkan, Nigero Oligosakar­in (NO) untuk membantu meningkatk­an pertumbuha­n bakteria baik dan menghalang pertumbuha­n bakteria jahat sekali gus menseimban­gkan tahap keasidan kulit (pH) pada skala 4.5 hingga 5.5.

Punca Kulit Kering a. Terdedah pendingin hawa b. Sinaran UV c. Pencemaran d. Gaya hidup tidak sihat e. Tekanan emosi dan fizikal f. Pemakanan tidak seimbang g. Produk mengandung­i bahan kimia h. Penuaan

 ?? FOTO ?? RUMPAI laut perang mengandung­i fucoidan dalam lendiran
FOTO RUMPAI laut perang mengandung­i fucoidan dalam lendiran
 ??  ?? SAW menunjukka­n perbezaan rumpai laut perang dengan rumpai laut biasa.
SAW menunjukka­n perbezaan rumpai laut perang dengan rumpai laut biasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia