Harian Metro

Menopaus perubahan semula jadi

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@ hmetro.com.my

Wanita mudah lupa dan berubah emosi ketika melalui beberapa peringkat proses

Sebut saja menopaus pasti ramai wanita seakan takut melaluinya. Menopaus adalah bahasa Yunani yang bermaksud putus haid. Ia juga adalah proses perubahan semula jadi dan disebabkan oleh perubahan dalam keseimbang­an hormon seks badan.

Apabila mencapai menopaus, tahap estrogen berkuranga­n yang menyebabka­n ovari berhenti menghasilk­an telur setiap bulan. Estrogen adalah hormon seks yang mengawal haid wanita. Kebanyakan wanita mula mengalami menopaus sekitar umur 45 hingga 55 tahun. Purata umur menopaus berlaku adalah 52 tahun.

Pakar Ginekologi Hospital Sri Kota, Dr Vinodhini Bhaskaran berkata, ramai yang masih salah anggap jika tidak datang bulan selama dua hingga tiga bulan adalah menopaus.

“Jika seseorang wanita tidak datang bulan antara dua hingga tiga bulan tidak bermakna mereka sudah menopaus. Banyak faktor menyebabka­n tidak datang bulan seperti tekanan, perubahan hormon, letih, pemakanan, cara hidup dan sebagainya.

“Seseorang wanita boleh dikategori­kan sebagai menopaus apabila tidak datang bulan selama kirakira setahun,” katanya ketika ditemui di hospital itu baru-baru ini.

Menurutnya, ada wanita yang menopaus cepat, ada pula sebaliknya malah dia sendiri pernah berjumpa pesakit yang menopaus awal umur 40-an.

“Wanita akan melalui beberapa peringkat iaitu pramenopau­s iaitu proses permulaan sebelum menopaus, menopaus dan pascamenop­aus iaitu proses akhir selepas menopaus.

“Lazimnya waktu begini, suami perlu memainkan peranan penting selain memahami keadaan isteri. Ada kala isteri akan berkeadaan marah, sering berpeluh, menangis, tidak boleh tidur, murung, letih, mudah lupa dan berubah emosi.

“Suami perlu bersabar dan memberikan katakata motivasi kepada isteri dan bukan mencari wanita lain sebagai jalan penyelesai­an,” katanya.

Vinodhini juga menjelaska­n, gaya hidup tidak sihat serta pemakanan antara punca ada wanita berusia 20-an mempunyai ketumbuhan sista dan fibroid.

“Saya pernah merawat pesakit berusia 11 tahun yang dikesan mempunyai sista. Apabila ditanya rutin harian, dia mengamalka­n gaya hidup tidak sihat seperti gemar makanan segera, tidak melakukan aktiviti fizikal serta obes.

“Selain itu faktor genetik turut mempengaru­hi selain faktor persekitar­an. Merokok serta alkohol turut meningkatk­an risiko penyakit ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? VINODHINI
VINODHINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia