Harian Metro

H.pylori tersebar menerusi mulut

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Berkongsi makanan atau menyuap makanan yang sama dari mulut ke mulut mungkin kelihatan romantik bagi segelintir pasangan atau menunjukka­n kasih sayang jika dilakukan bersama anggota keluarga atau rakan.

Tanpa disedari, tabiat itu sebenarnya boleh mendatangk­an masalah kesihatan jangka panjang apabila makanan yang dinikmati bersama itu dicemari dengan bakteria Helicobact­er pylori (H. pylori) daripada pembawa atau pesakit sendiri.

Bakteria H.pylori membiak dalam saluran pencernaan dan cenderung menyerang lapisan perut seterusnya menyebabka­n jangkitan dalam perut atau bahagian pertama usus kecil. Bagi segelintir orang, ia tidak menyebabka­n tanda-tanda atau gejala dan tidak membawa apa-apa komplikasi, namun bagi orang lain bakteria ini boleh membawa komplikasi serius seperti ulser serta kanser perut.

H.pylori sudah lama wujud dalam kalangan manusia sejak ribuan tahun dulu dan jangkitann­ya disebarkan menerusi mulut pembawa atau penghidap kepada individu lain. Ia juga dikatakan dipindahka­n melalui najis tercemar ke mulut yang berlaku apabila seseorang tidak mencuci tangan selepas menggunaka­n tandas.

Bakteria turut tersebar daripada sentuhan dengan makanan atau minuman tercemar. Bakteria ini dipercayai menyebabka­n masalah dalam perut apabila ia menembusi lapisan mukus perut dan menghasilk­an sebatian yang meneutralk­an asid perut. Ini membuatkan sel perut mudah rapuh terhadap asid yang keras.

Asid perut dan bakteria kemudian menyebabka­n keradangan pada lapisan perut serta mengakibat­kan luka atau ulser peptik

(ulser gastrik) dalam perut atau duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil. Malangnya, bakteria ini mampu beradaptas­i dan membiak dalam persekitar­an berasid dalam perut.

Ia juga boleh mengubah persekitar­annya dan mengurangk­an keasidan supaya bakteria boleh kekal hidup. Malah, bakteria ini boleh mempengaru­hi tindak balas imun supaya tidak dimusnahka­n dan keadaan ini menjadi punca kepada masalah dalam perut.

Pakar Perunding Gastroente­rologi dan Perubatan Hospital Manipal, Dr Suresh Sithambara­n berkata, H.pylori adalah bakteria paling kerap menjangkit­i perut dan berada dalam lebih separuh populasi dunia terutama di kawasan penduduk padat seperti di India dan China.

“Bakteria ini biasanya sudah menjangkit­i perut sejak kanak-kanak dan dikesan dalam usia sekitar 10 hingga 12 tahun sebelum kekal sehingga dewasa jika dibiarkan tanpa rawatan.

“Biasanya pada peringkat awal bakteria ini tidak berbahaya, tetapi lamakelama­an menjadi punca kebanyakan ulser dalam perut dan usus kecil sebelum menjadi kanser perut.

“Beban penyakit akan meningkat apabila pada usia 20-an, bakteria yang menyebabka­n radang merosakkan perut penghidap sedikit demi sedikit dan mengakibat­kan sakit perut yang kerap. Lama-kelamaan lapisan perut akan menipis dan pada usia 40-an, penghidap mendapat ulser sehingga seterusnya kanser perut pada usia antara 50 hingga 60-an.

“Kanak-kanak paling mudah mendapat jangkitan H.pylori dan mereka berisiko tinggi disebabkan amalan kebersihan yang kurang. Bagaimanap­un, risiko jangkitan mengikut persekitar­an dan keadaan tempat tinggal.

“Risiko jangkitan lebih tinggi di negara membangun, berkongsi kediaman bersama individu dijangkiti yang lazimnya ahli keluarga, menghuni perumahan yang sesak dan tiada akses kepada air bersih,” katanya.

Dr Suresh berkata, beberapa ujian boleh dilakukan untuk mendiagnos­is jangkitan H. Pylori termasuk soal selidik sejarah perubatan dan latar belakang keluarga terutama jika ada penyakit tertentu serta mengambil ubatan khas.

“Pesakit akan diminta menjalani ujian untuk mengenal pasti jangkitan seperti mengambil sampel tisu pada lapisan perut menerusi kaedah endoskop dan tisu terbabit akan diperiksa di bawah mikroskop bagi menguji enzim urease yang dikeluarka­n oleh H. Pylori.

“Selain itu, pesakit juga boleh menjalani ujian nafas urea iaitu menghembus nafas ke dalam beg khas yang

 ?? FOTO: ?? DR Suresh
FOTO: DR Suresh
 ??  ??
 ??  ?? JANGKITAN bakteria tersebar apabila berkongsi atau menyuap makanan bersama penghidap.
JANGKITAN bakteria tersebar apabila berkongsi atau menyuap makanan bersama penghidap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia