MMEC sasar bantu 1,000 usahawan eksport
Kuala Lumpur: Malaysian Millennium Entrepreneurs Consortium (MMEC), menyasarkan untuk membantu 1,000 usahawan bagi tujuan eksport dengan nilai dagangan AS$100 juta (RM435 juta) menjelang 2018.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan MMEC Datuk Hassan Saad berkata, pihaknya sudah mengadakan banyak aktiviti membabitkan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus mengubah cara tradisional kepada komersial.
“MMEC mengambil tanggungjawab ini dengan tidak membabitkan mana-mana agensi (orang tengah) dan kami berusaha untuk memudahkan kerja mengeksport produk yang selama ini memberi kekangan kepada usahawan untuk meluaskan pasaran ke luar negara.
“Kami juga memberi jaminan bagi semua kemungkinan dalam perdagangan ini dengan mengkaji risiko dalam semua aspek,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, MMEC komited membantu usahawan tempatan meneroka pasaran luar negara terutama menerusi pelancaran kempen
MMEC juga memeterai memorandum persefahaman antara MMEC dengan Pusat Perniagaan Antarabangsa Pertubuhan Kerjasama Islam, Majlis Perniagaan Mongolia Malaysia dan Laanza Hyper (Kuwait) yang bertujuan membantu PKS memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.
Hassan berkata, kempen
adalah bagi mengumpul produk PKS dari seluruh Malaysia untuk dieksport bagi menampung permintaan yang sangat tinggi dari rangkaian pasar raya luar negara melalui beberapa fasa pemasaran.
Katanya, bermula dengan Kuwait, melalui rangkaian pasar raya Laanza Hyper-Kuwait, MMEC membuka pasaran yang lebih luas ke-57 negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) melalui perhubungan perniagaan MMEC dengan
yang berpangkalan di Kuala Lumpur.