BAHAYA & RISIKO EMOJI
Media sosial tak salah tapi pengguna perlu belajar cara
urus emosi dan bergaul dengan masyarakat
Jika bukan hanya melalui teks, tetapi melalui ‘emoji’. Hampir semua emosi dapat diekspresikan melalui emoji. Daripada gembira, sedih, terkejut, teruja, keliru sehinggalah marah, geram dan sakit hati.
Hilang ‘common sense’
Kita akui, teknologi memang banyak membantu memudahkan urusan manusia. Namun, ada harga yang terpaksa dibayar iaitu hilangnya nilai ‘common sense’. Kita terpaksa berdepan generasi muda yang kaku. Generasi muda yang umpama tiada emosi, tiada ekspresi.
Apabila dalam WhatsApp misalnya, mereka juara dalam bersembang. Kadangkala sampai tak tidur malam. Namun, apabila berhadapan, mereka kaku. Apabila temu duga untuk kerja, mereka kaku. Apabila perlu buat pembentangan tugasan, mereka kaku. Apabila mereka berucap di pentas, mereka kaku. Apabila berurusan secara berdepan, mereka kaku. Apabila berucap tiba-tiba bisu.
Itu belum masuk kes e-mel mohon kerja. Apabila e-mel untuk mohon kerja atau latihan amali:
“Hi cik, ada kerja kosong tak? Nnt reply ek”, “Ader keja ksg? Nnt check resume saya tau”, “Macam best je company encik. Mohon call saya untuk jawatan kosong yer. Atau pm kat no. 019-xxxxxxx.”
Jangan haraplah mana-mana syariat nak ambil bakal pekerja dengan bahasa begini.
Jadi apa perlu buat?
1. Boleh terus berWhatsApp, WeChat dan yang lain tapi ditambah dengan kerap bersosial dengan orang ramai. Usah hanya terperap dalam bilik seorang diri tanpa kenal dunia luar.
2. Terbabit dengan banyak persatuan sosial dan kemasyarakatan. Lagi cantik jika terlibat dengan aktiviti kemanusiaan. Belajar berinteraksi secara berdepan dengan pelbagai orang.
3. Bersedia untuk dikritik dan dimarahi. Bukanya terus melenting, sentap dan terus menghilangkan diri. Jangan manja sangat. Dunia ini bukan untuk manusia yang lembik dan lembap.
Agama Jihad, Belajar dan Bermasyarakat
Allah SWT mengingati kita agar keluar belajar dan kembali membantu masyarakat.
“Tidak sepatutnya bagi orang Mukmin itu pergi semuanya
(ke medan perang). Mengapa tidak ada beberapa orang daripada tiap-tiap golongan di antara mereka yang (diam di Madinah) untuk memperdalam pengetahuan mereka mengenai agama dan memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kepada kaum mereka itu? Semoga mereka itu takut (untuk menentang perintah Allah).” (AtTaubah:122)
Kesimpulannya, janganlah hanya tahu guna ‘emoji’, sebaliknya belajarlah cara mengurus emosi.