Badan lemah, emosi terganggu
“Selepas bersalin emosi dan fizikal mereka masih lemah yang memerlukan penjagaan rapi. Dari segi fizikal ibu bertarung nyawa menggerakkan sepenuh tenaga melahirkan si kecil mereka. Banyak darah keluar, badan yang semakin lemah dan emosi terganggu disebabkan kesakitan masih belum hilang. Ditambah pula bayi yang menangis minta disusukan sedangkan susu masih belum keluar.
“Pelbagai faktor di luar jangkaan menyebabkan kesedihan mulai terasa. Akibatnya ada ibu tertekan sehingga murung dan lebih teruk lagi meroyan disebabkan situasi ini,” katanya.
Jika keadaan ini berlaku dan si ibu pula terpaksa berpantang sendiri di rumah, sudah pasti ia sangat memberikan kesan negatif bukan saja kepada diri sendiri tetapi bayi dan ahli keluarga yang lain. Oleh itu sekiranya tiada sesiapa yang mampu menjaga, suami perlu mencari seseorang dengan cara membayar perkhidmatan penjagaan demi untuk keselesaan isteri.
“Mungkin mereka boleh mendapatkan perkhidmatan daripada bidan bagi menjalani tempoh berpantang secara teliti di rumah termasuk menyediakan makanan dan juga penjagaan bayi. Wanita tidak boleh mengambil ringan soal pemakanan kerana ia akan mempengaruhi kesihatan ibu dan anak. Sebaiknya makan makanan berkhasiat dan yang dibenarkan saja supaya bayi dapat tidur lena,” katanya.
Ramai ibu tidak tahu, berpantang dengan memilih makanan yang tidak sejuk dan berangin bukan untuk diri sendiri tetapi bayi mereka. Sepanjang tempoh menyusu badan kesilapan dalam memilih makanan menyebabkan bayi kembung, cirit-birit atau muntah-muntah. Apabila ini berlaku si kecil tidak mendapat tidur yang berkualiti, asyik menangis, merengek dan meragam.
“Jika berterusan akan membuatkan ibu juga tidak mendapat tidur dan rehat yang mencukupi. Ia akan memberi kesan kepada emosi ibu yang mungkin menjadi cepat marah, mudah menangis atau tidak mempedulikan orang sekeliling. Bagi yang melahirkan anak secara pembedahan ia memberikan kesan lebih ketara kerana dalam tempoh dua minggu pertama kesakitan masih terasa. Mereka juga tidak boleh batuk atau ketawa berlebihan kerana akan menyebabkan bahagian luka menjadi ngilu dan pedih,” katanya.
Berpantang sendirian juga menyebabkan ada wanita
culas mengikuti
amalan sepatutnya
Berpantang sendirian juga menyebabkan ada di antara wanita culas mengikuti amalan berpantang yang mempunyai banyak kebaikannya. Antaranya mandi herba dan rebusan daun sebaik saja pulang ke rumah yang berfungsi mengeluarkan angin, mengharum dan menyegarkan badan. Kemudian melakukan urutan selepas tiga hari bersalin sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.
“Penangguhan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan badan dimasuki angin, bisa dan bentan. Terutama bagi ibu yang menjalani pembedahan banyak urat yang putus dan lebih memudahkan badan dimasuki angin. Sebaiknya dilakukan pada waktu pagi dalam posisi meniarap, telentang dan meniarap.
“Urutan mampu melancarkan perjalanan darah, melegakan sendi, membuang angin dan lendir kotor, menaikkan peranakan, melawaskan nifas, memecahkan lemak dan mengembalikan bentuk badan,” katanya.
Walaupun dianggap remeh kerana perlu menyediakan dedaun yang diletakkan bersama tungku, khasiat bertungku tidak perlu dipertikaikan
Urutan mampu melancarkan perjalanan darah, melegakan sendi, membuang angin dan lendir kotor, menaikkan peranakan, melawaskan nifas, memecahkan lemak dan mengembalikan bentuk badan
lagi kerana sejak turun temurun ia menjadi amalan nenek moyang selepas bersalin. Bertungku setiap pagi selama 15 minit melancarkan perjalanan darah nifas, mengurangkan sakit urat dan otot serta mempercepatkan pengecutan rahim selain mengembalikannya ke kedudukan asal.