Ahmad Zakaria
kewangan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Mobile App AgriMaths dan 100 Tip Tanaman di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor, baru-baru ini.
Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Datuk Jabar Shaik Mohideen.
Ahmad Zakaria berkata, mobile app juga sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani.
“Hasil aplikasi AgriMaths ini, pengguna dapat mengetahui jumlah biji benih, jumlah pokok, bilangan batas tanaman, jarak tanaman, kepadatan tanaman, sistem menanam dan keperluan infrastruktur ladang mengikut keluasan tanah.
“Pengguna boleh mengetahui jumlah bilangan batas tanaman bagi sayur-sayuran untuk 0.4 hektar keluasan tanah adalah 269 batas tanaman manakala untuk satu hektar adalah 664 batas dengan jarak antara batas ialah dua kaki,” katanya.
Selain itu, katanya, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat umum berkenaan baja antara input utama dalam projek pertanian seperti definasi baja, keterangan formulasi dan kandungan unsur pada beg baja.
“Ia termasuk peratus kandungan nutrien dalam baja bukan organik, carta panduan mencampur baja, formulasi baja fertigasi dan pengiraan baja fertigasi.
“Sementara 100 Tip Tanaman pula memuatkan 100 tip dan petua tanaman yang diolah secara ringkas dan padat sebagai sumber rujukan dan panduan pantas untuk orang ramai.
“Antara tip tanaman yang boleh diperoleh dalam aplikasi ini adalah kaedah penyediaan lima jenis baja cecair Natural Farming (NF) iaitu baja hijau, baja buahbuahan, baja berasaskan ikan, baja berasaskan tulang dan baja berasaskan kulit telur/kerang/siput berserta dengan kaedah mudah penyediaan baja berkenaan,” katanya.
Menurutnya, sebagai contoh kaedah membuat baja berasaskan ikan adalah dengan menyediakan satu kilogram ikan atau sisa ikan kemudian dicampurkan dengan satu kilogram gula merah dan bekas perlu ditutup dengan kertas putih dan diikat serta diperam selama 14 hari dan akhir sekali ditapis untuk mendapatkan cecair baja.
“Dari segi penggunaan, pengguna boleh mengambil satu sudu besar cecair baja dan campur ke dalam lima liter air dan disiram terus pada tanaman.
“Kaedah penyediaan baja ini diharap dapat menggalakkan pengguna membuat sendiri baja organik dan secara tidak langsung menggalakkan orang ramai bercucuk tanam dan menghasilkan sumber makanan sendiri yang lebih terjamin keselamatannya,” katanya.
Orang ramai boleh memuat turun aplikasi AgriMaths dan 100 Tip Tanaman melalui telefon pintar secara percuma di Google Play bagi telefon pintar jenis adroid dan App Store bagi telefon pintar jenis iPhone.