Harian Metro

Motosikal lain macam

 Acid Welding bina ‘Bobber’ guna enjin Nissan Skyline RB20

- Mohamad Fahd Rahmat Fahd@hmetro.com.my

“Biarlah apa orang nak kata, jika orang Inggeris cuba mencipta mentol hingga 2,000 kali dan tidak menjadi, itu tidak bermakna mereka gagal, tetapi mereka menemui 2,000 cara yang salah membuat mentol,” kata Abd Rasid Ismail, 47, jurukimpal yang dikecam netizen selepas kisahnya mencipta motosikal menggunaka­n enjin Nissan Skyline RB20 tular di laman sosial, baru-baru ini.

Abd Rasid atau lebih dikenali sebagai Acid Welding berkata, adalah lebih baik memiliki sifat positif dan memandang ke hadapan berbanding suka mencemuh apa yang dilakukan orang lain.

“Jika orang kita mempunyai sikap positif, saya yakin negara ini akan lebih maju, malah berpegang pada semangat itu, saya tidak mudah mengaku kalah sebelum cuba mentransfo­rmasikan rangka motosikal buruk menjadi motosikal ‘Bobber’.

“Saya membaiki dan melakukan pengubahsu­aian motosikal atas dasar minat serta kepuasan diri sejak empat tahun lalu.

“Jika ada yang berminat menggunaka­n khidmat saya, biasanya mereka membawa enjin dan saya menggunaka­n kepakaran serta kemahiran menjadikan­nya motosikal ‘Bobber’ dengan kos hanya RM6,000,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 6 Kampung Sri Wangi, Yong Peng, di sini, semalam.

Menurutnya, motosikal diubah suai hanya untuk suka-suka seperti menyertai pameran atau untuk mencantikk­an kenderaan itu.

Katanya, dia melakukan pekerjaan itu secara sampingan dan kemahiran itu diwariskan kepada anaknya, Amirul Azwan, 21, yang memiliki sijil Juruteknik Motosikal Kemahiran Malaysia Tahap 2 daripada Yayasan Pelajaran Johor.

“Ramai yang datang berguru dan ilmu yang ada itu saya kongsikan, tetapi ramai juga sekadar melakukann­ya buat seketika dan tidak bertahan lama. Pekerjaan ini memerlukan minat mendalam dan jika tidak, seseorang itu akan menggunaka­n pelbagai alasan untuk mengalah.

“Bagaimanap­un, kita kena faham, masing-masing mempunyai masalah tersendiri ditambah pula keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini,” katanya.

Menurutnya, orang ramai tidak percaya kemampuan dirinya mengubah suai motosikal menggunaka­n enjin kereta, tetapi pandangan itu mula berubah selepas ‘menghidupk­an’ motosikal berkenaan yang sebelum itu hanya besi buruk.

Katanya, dia bakal menyertai pameran automotif Art of Speed 2017 di MAEPS Serdang, Selangor pada 29 Julai ini dan akan bertanding dalam kategori ‘Best Bobber’ dan terbuka.

“Motosikal yang dihidupkan dengan enjin Nissan Skyline ini mengambil masa untuk disiapkan kerana saya menggunaka­n apa yang ada selain berkonsepk­an ‘Bobber’ dan ‘Drag Bike’.

“Saya selalu bergurau mengatakan motosikal ini seperti raksasa kerana sudah lama ‘bela’, tetapi susah dijinakkan,” katanya.

 ?? FAHD RAHMAT ?? ABD Rasid menunjukka­n antara motosikal yang diubah suai di kediamanny­a di Batu 6, Kampung Sri Wangi, Yong Peng.
FAHD RAHMAT ABD Rasid menunjukka­n antara motosikal yang diubah suai di kediamanny­a di Batu 6, Kampung Sri Wangi, Yong Peng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia