Harian Metro

Virus dipercayai masuk dari Indonesia

-

Bera: Kementeria­n Kesihatan tidak menolak kemungkina­n penyakit anjing gila atau virus rabies yang dikesan di Serian, Sarawak berpunca daripada Kalimantan, Indonesia memandangk­an penyakit itu turut dikesan berlaku di kawasan berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramania­n berkata, pihaknya akan bekerjasam­a dengan Indonesia bagi memastikan jangkitan penyakit itu tidak merebak menjadi lebih teruk sehingga menjadi wabak.

“Pergerakan di sempadan Serian sangat aktif, sama ada orang atau anjing sentiasa melintasi sempadan.

“Saya juga dimaklumka­n rakan sejawat dari Indonesia pada pertemuan baru-baru ini yang memang anjing banyak digunakan di estet di sana untuk menjaga kawasan ladang atau kebun penduduk di sana,” katanya kepada media selepas mendengar taklimat perkembang­an projek dan Lawatan Kerja Ke Tapak Hospital Bera, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Datuk Ir Abdul Jalil Mohamed.

Dalam pada itu, Dr Subramania­m turut mengesahka­n kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang sebelum ini disyaki menghidap virus rabies di Hospital Melaka pada 14 Julai lalu adalah negatif penyakit itu.

Katanya, ia berdasarka­n keputusan ujian yang dilakukan terhadap kanak-kanak itu bagaimanap­un, beliau tidak dimaklumka­n penyakit sebenar yang dihidapiny­a.

“Saya masih tidak dimaklumka­n mengenai penyakit yang dihadapi (kanak-kanak itu), ada banyak virus lain yang mempunyai simpton serupa,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka, Datuk Ghazali Othman dilaporkan berkata seorang kanak-kanak disyaki menghidap penyakit itu di Hospital Melaka namun keadaannya dilaporkan stabil.

Kanak-kanak itu didakwa digigit anjing semasa keluargany­a pulang berhari raya di sebuah kampung di Serian dan dirujuk ke Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka pada 12 Julai selepas anaknya itu mengalami demam selama sebulan.

 ??  ?? DR Subramania­m (tiga dari kanan) hadir untuk lawatan kerja melihat Hospital Bera, semalam.
DR Subramania­m (tiga dari kanan) hadir untuk lawatan kerja melihat Hospital Bera, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia