Harian Metro

Rezeki kahwin

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

 Lelaki dapat tunai haji bersama isteri walaupun baru daftar haji tiga tahun lalu

“Suami saya sangat beruntung terpilih menunaikan haji kerana dia baru mendaftar tiga tahun lalu,” kata pegawai teknologi maklumat, Irahafiza Jamil, 26, yang akan menunaikan ibadah haji bersama suaminya, Mohd Hafiz Abdul Halim, 28, pada tahun ini.

Jemaah haji termuda daripada 80 bakal haji Parlimen Lembah Pantai itu berkata, dia bersyukur apabila rayuan suaminya kepada Tabung Haji untuk menunaikan ibadah terbabit membuahkan hasil.

“Suami saya baru saja mendaftar tiga tahun lalu manakala ibu sudah menyimpan dan mendaftar nama saya sejak berusia 13 tahun lagi.

“Saya tidak menyangka usaha murni ibu itu membuahkan hasil apabila ditawarkan mengerjaka­n haji sebelum mendirikan rumah tangga, November tahun lalu.

“Inilah hadiah perkahwina­n paling berharga buat kami,” katanya yang berkahwin pada Disember tahun lalu.

Dia ditemui selepas penyampaia­n wang tunai RM200 dan barangan keperluan haji bernilai RM100 yang disampaika­n oleh Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Lembah Pantai, di sini, semalam.

Irahafiza berkata, ketika mendapat tawaran mengerjaka­n haji, dia sibuk dengan persiapan kahwin dan menjalani kursus haji selepas seminggu berkahwin.

“Tahun pertama perkahwina­n kami sangat bermakna dan bersyukur kerana dapat tunai haji ketika usia masih muda.

“Pengalaman menunaikan haji ini sukar untuk digambarka­n dan sebagai umat Islam, ia sesuatu yang cukup mulia kerana dijemput sebagai tetamu Allah SWT,” katanya yang akan berlepas ke Tanah Suci pada 27 Julai ini.

Sementara itu, Mohd Hafiz berkata, dia tidak menjangka dapat pergi awal kerana baru mendaftar untuk menunaikan haji pada 2014.

“Memandangk­an saya baru mendaftar, jadi saya perlu menambah kos menunaikan haji yang tidak mencukupi.

“Saya bersyukur kerana mempunyai duit tambahan hasil kerja sampingan menjadi tutor. Ini rezeki perkahwina­n kami dan saya tidak mensia-siakan peluang yang ada,” katanya.

 ?? Irahafiza ?? IRAHAFIZA dan Mohd Hafiz terima barangan keperluan haji yang disampaika­n Raja Nong Chik. Inilah hadiah perkahwina­n paling berharga buat kami”
Irahafiza IRAHAFIZA dan Mohd Hafiz terima barangan keperluan haji yang disampaika­n Raja Nong Chik. Inilah hadiah perkahwina­n paling berharga buat kami”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia