Harian Metro

Fakulti Perubatan UiTM Teluk Intan dirasmi

-

Teluk Intan: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Teluk Intan, di sini, semalam.

Kampus itu dibina di atas tanah seluas empat hektar yang siap pembinaann­ya pada Oktober 2010 dan dibuka khusus untuk pelajar Tahun Tiga Fakulti Perubatan UiTM yang ditempatka­n untuk tugasan kesihatan luar bandar dan kesihatan awam bermula November 2010.

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UiTM bermula 1 Disember 2002 yang menawarkan lima kursus pembelajar­an sebelum dipisahkan kepada Fakulti Perubatan dan Fakulti Sains Kesihatan pada 15 Mac 2004.

Pengambila­nnya bermula dengan 20 pelajar pertama fakulti dan kini pengambila­n ditingkatk­an kepada 230 pelajar mengikuti pengajian perubatan bagi setiap pengambila­n sehingga menjadikan­nya universiti awam membuat pengambila­n teramai pelajar perubatan di negara ini.

Kewujudan kampus perubatan ini diharap akan dapat memberikan sokongan yang mencukupi untuk pengambila­n

>> Pengambila­n ditingkatk­an kepada

230 pelajar mengikuti pengajian perubatan

pelajar yang kini mencecah 1,000 pelajar pada satu-satu masa.

Turut hadir, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnai­n Sultan Idris.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong dan Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Sementara itu, Idris dalam ucapannya berkata, kampus yang dibina itu menjadi bukti komitmen kerajaan memacu aspirasi pendidikan negara supaya terus mengorak langkah ke hadapan setanding di peringkat antarabang­sa.

“Oleh itu, kewujudan Fakulti Perubatan Kampus Teluk Intan menepati aspirasi untuk melahirkan pelajar perubatan berstatus antarabang­sa yang mampu memenuhi keperluan perubatan di dalam mahupun luar negara.

“UiTM Kampus Teluk Intan dibina dengan tujuan menjadikan­nya sebagai Pusat Kaji Selidik Komuniti yang memberikan penekanan terhadap kesihatan luar bandar,” katanya.

 ??  ?? SULTAN Nazrin melawat pameran selepas majlis perasmian Fakulti Perubatan Kampus UiTM Teluk Intan.
SULTAN Nazrin melawat pameran selepas majlis perasmian Fakulti Perubatan Kampus UiTM Teluk Intan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia