Harian Metro

Belum muktamad

- Azma Razana Johari am@hmetro.com.my

 Keputusan mengenai isu henti elaun pelajar PISMP di IPG dua bulan lagi

Kementeria­n Pendidikan masih dalam peringkat perbincang­an dan belum memutuskan sama ada akan menghentik­an elaun pelajar pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang bermula Jun tahun hadapan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan itu akan diumumkan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua bulan lagi.

“Perkara ini dalam peringkat perbincang­an lagi dan pihak kita masih mengkaji. Keputusan mengenainy­a akan saya umumkan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia di Hotel Ixora, di sini, semalam.

Sebelum ini, Kementeria­n Pendidikan dalam kenyataann­ya memaklumka­n elaun pelajar pengajian PISMP di IPG akan dihentikan bermula Jun tahun depan.

Kementeria­n Pendidikan memaklumka­n, bagaimanap­un, yuran pengajian bagi program itu berjumlah RM27,831 akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

Menurutnya, bagaimanap­un pelajar IPG sedia ada iaitu bagi ambilan sebelum Jun 2017 akan terus menerima elaun seperti diselarask­an mulai 1 Januari 2017 iaitu pada kadar RM430 sebulan, selain belanja tambang pergi-balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali dalam setahun sehingga tamat pengajian.

Turut difahamkan, IPG sudah berbincang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara untuk menyenarai­kan IPG sebagai satu agensi penerima PTPTN bagi membolehka­n pelajar IPG yang menyambung pengajian ke peringkat PISMP mulai Jun tahun depan menerima kemudahan pinjaman wang sara hidup.

 ?? AMIR IRSYAD OMAR ?? MAHDZIR ketika berucap merasmikan Konvensyen Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia.
AMIR IRSYAD OMAR MAHDZIR ketika berucap merasmikan Konvensyen Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia