Harian Metro

HARAPAN EMAS ZIYAD, LATIF

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Dua atlet paralimpik negara Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly disandarka­n harapan untuk memenangi emas di Sukan SEA Ogos nanti.

Ziyad dan Abdul Latif melakar kejayaan membanggak­an beberapa hari lalu apabila meraih emas acara masing-masing di Kejohanan Olahraga Para Dunia di London.

“Tahniah kepada mereka, namun sasaran tetap sama buat kedua-dua atlet berkenaan di Sukan SEA nanti. Saya mahu prestasi aksi dipersemba­hkan di paralimpik dibawa ke saingan menentang atlet normal.

“Contohnya Ziyad ketika ini berada pada kedudukan perak Sukan SEA (berdasarka­n keputusan temasya 2015). Saya percaya kejayaan di London akan mendorong mereka untuk meraih emas (Sukan SEA) yang selama ini tiada langsung sasaran, namun kini hadir menerusi atlet paralimpik,” menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ziyad memenangi acara lontar peluru T20 (masalah pembelajar­an) dengan melakar rekod dunia sejauh 17.29 meter manakala Abdul Latif melakar rekod kejohanan dalam acara lompat jauh T20 dengan jarak 7.37m.

 Khairy yakin atlet paralimpik terus rentak kejayaan di KL2017

Emas Sukan SEA 2015 dalam acara lontar peluru dimenangi atlet Thailand Promrob Juntima dengan jarak 17.47m disusuli rakan senegara Chatchanal Polyiam 17.05m manakala gangsa milik atlet negara Adi Alifuddin Hussin.

Selain Sukan SEA bulan depan, Ziyad dan Latif turut menjadi sandaran untuk meraih emas di Sukan Para ASEAN pada September nanti.

Sementara itu, Khairy percaya proses mendapatka­n pengiktira­fan IAAF untuk trek olahraga Stadium Nasional Bukit Jalil akan dapat diselesaik­an sebelum Sukan SEA bermula.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN atlet negara turut menyerikan majlis pelancaran.
SEBAHAGIAN atlet negara turut menyerikan majlis pelancaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia