LUKAKU BUKA ‘AKAUN’ GOL
Penyerang Red Devils ledak jaringan pertamanya benam Salt Lake 2-1
Salt Lake City, AS
Romelu Lukaku menyumbat gol sulungnya dalam jersi Manchester United semalam ketika kelab gergasi Liga Perdana
Inggeris itu yang beraksi dengan 10 pemain meraih kemenangan 2-1 ke atas Real Salt
Lake di Utah.
Lukaku, yang menyertai Red
Devils dari Everton dengan harga dilapor £75 juta
(RM418 juta) minggu lalu, menjaringkan gol kemenangan United pada minit ke-38 selepas menyempurnakan hantaran leret Henrikh Mkhitaryan.
Penyerang kebangsaan Belgium berusia 24 tahun itu turut terbabit dengan gol penyamaan United dijaringkan Mkhitaryan pada minit ke-29 selepas Luis Silva mengejutkan United dengan gol pendahuluan Salt Lake.
Lukaku menggunakan kekuatan dan penampilan fizikalnya untuk mengatasi pertahanan Real sebelum mengumpan kepada Jesse Lingard, yang membuat hantaran kepada Mkhitaryan untuk menyudahkan gol.
“Saya gembira pasukan ini menang,” ujar Lukaku.
“Saya berada di sini untuk menjaringkan gol dan menjadi tumpuan utama pasukan tapi di Manchester
United kami bermain untuk menang dan itulah mentaliti saya apabila turun ke padang.”
Pengurus United, Jose Mourinho berpuas hati dengan persembahan Lukaku, menyatakan bekas pemain Chelsea itu kini seorang “penyerang ternama.”
“Ia hanya bagus buatnya, tidak penting buat saya,” ujar Mourinho mengenai gol pertama Lukaku bersama United.
“Sebelum dia menjaringkan gol, saya memberitahunya sa-
ya sukakan setiap apa yang dilakukannya di tengah padang. Jangan bimbang mengenai menjaringkan gol atau tidak.
“Mudah untuk menerimanya kerana dia pemain saya empat tahun lalu dan peningkatannya amat ketara. Dia kini penyerang ternama.”
Kemenangan United dicemari apabila Antonio Valencia dibuang padang pada babak kedua berikutan terjahan keras ke atas Sebastian Saucedo.
United akan berdepan Manchester City di Houston awal pagi Jumaat ini bagi perlawanan ketiga dalam jelajah AS. Hong Kong: Pengurus Liverpool, Juergen Klopp bercadang menurunkan Daniel Sturridge
yang bebas daripada kecederaan pada musim baru ketika penyerang itu kembali ke latihan cergas serta fokus.
“Ia keadaan terbaik dialaminya sejak saya berada di sini,” kata Klopp di Hong Kong.
Sturridge dibelenggu kecederaan sejak menyertai Reds dari kelab pencabar Liga Perdana, Chelsea pada 2013 dan masalah pinggul mengehadkan impaknya yang hanya menyumbat tujuh gol dalam 27 penampilan musim lalu.
Pemain berusia 27 tahun itu baru-baru ini dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke China namun Klopp menegaskan Sturridge tidak akan ke mana-mana, menyokongnya untuk mengembalikan prestasi yang hampir membantu Liverpool meraih ke-