Harian Metro

Tema menarik pikat Aman

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Terima tawaran berlakon filem Hijabsta Ballet

ketengah isu babitkan aurat wanita

Memulakan karier lakonan sejak 1991, pelakon berpengala­man Aman Graseka pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Seri Angkasa pada 1999 menerusi telefilem Amy Anuar.

Namanya juga mula meniti dalam dunia hiburan tanah air menerusi filem Cinta Kita berganding­an dengan Datin Sofia Jane pada 1995.

Sejak filem itu, anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak yang juga bergelar pengarah ini terus berkecimpu­ng dalam bidang seni hingga sekarang.

Pada usia 50 tahun, Aman masih aktif berlakon. Antara drama popular lakonannya ialah 7 Hari Mencintaik­u di TV3 sebelum ini.

Terbaru, Aman kembali mengubat kerinduan peminat menerusi filem Hijabsta Ballet yang bakal ditayangka­n 3 Ogos depan.

Selain Aman, filem diterajui penari profesiona­l, Puteh Maimun Zahra ini turut menampilka­n bakat baru seperti Danny Syazlee dan Afeera Rahman.

Tidak ketinggala­n, barisan pelakon berpengala­man seperti Betty Benafe, Aida Khalida dan Keena.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar Raja Aman Shah Raja Baharom Shah ini berkata, dia terima tawaran berlakon dalam filem itu kerana tertarik dengan tema yang diketengah­kan.

“Filem ini ada kelainan kerana ia mengupas isu Muslimah dan mengangkat tema keagamaan membabitka­n aurat wanita.

“Ia juga kali pertama saya bekerja dengan pengarahny­a, Syed Zulkifli Syed Masir. Saya melakonkan watak bapa moden, tidak banyak cakap serta memiliki seorang anak yang juga penari balet.

“Apa yang mencabar, watak saya tidak banyak dialog tetapi banyak bermain ekspresi muka dalam cerita ini,” katanya.

Aman berkata, dia juga tidak ada masalah bekerja dengan barisan pelakon baru dalam filem terbitan Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM) dan Explosive Magic Sdn Bhd (EMAGIC) itu.

“Walaupun mereka pelakon baru tetapi masingmasi­ng sedia untuk belajar ilmu lakonan. Contohnya, watak utama filem ini, Puteh Maimun yang melakonkan watak anak saya iaitu Adele juga bakat baru yang boleh diketengah­kan.

“Mereka banyak bertanya dan mudah dibentuk. Sebelum penggambar­an, kami bersama pengarah akan berbincang terlebih dulu,” katanya.

TEMUI PENGGANTI

Selepas 15 tahun hidup menduda, Aman mengakui hatinya kembali terbuka untuk berumah tangga.

Menurut Aman, wanita bertuah yang berjaya mengetuk pintu hatinya ialah model dan pelakon baru, Reena Arina, 28.

“Pada usia sekarang, sudah tiba masanya untuk saya memikirkan semula soal berumah tangga. Saya mula terfikir untuk mencari wanita yang boleh menjaga makan minum dan sakit pening saya.

“Semuanya bermula apabila saya bertemu dengan Reena ketika menjalani penggambar­an drama Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production Sdn Bhd pada April lalu di Perlis,” katanya.

Aman berkata, perbezaan usia selama 22 tahun juga tidak menghalang perhubunga­n mereka.

“Kami baru menjalin hubungan selama tiga bulan dan masih dalam proses mengenali hati budi. Saya tidak menolak jika ditakdirka­n bertemu jodoh dengan Reena nanti,” katanya.

Aman pernah berkahwin dengan penyanyi dangdut popular, Mas Idayu pada 1997 tetapi perkahwina­n itu hanya bertahan selama 10 tahun.

Hasil perkongsia­n hidup dengan Mas Idayu, mereka memiliki seorang anak Nurdayini Ashiqah, 19.

 ??  ?? Apa yang mencabar, watak saya tidak banyak dialog tetapi banyak bermain ekspresi muka dalam cerita ini
Apa yang mencabar, watak saya tidak banyak dialog tetapi banyak bermain ekspresi muka dalam cerita ini
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia