Harian Metro

BERKAT TAKWA AYAH

 Imam tetap utama pendidikan walaupun susah

- Khairulmiz­an Yahya am@hmetro.com.my

Bukan mudah untuk membesarka­n lapan anak terutama dalam keadaan ekonomi keluarga yang kurang stabil, namun pasangan Ibrahim Deraman, 69, dan isterinya, Sharifah Razali, 54, layak digelar ibu bapa contoh apabila berjaya mendidik anak mereka hingga ke menara gading.

Tujuh daripada lapan anak pasangan berkenaan berjaya ke universiti awam, malah ada yang menyambung pelajaran ke luar negara dan mereka kini yang berusia antara 22 hingga 38 tahun dianggap berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Ibrahim yang juga imam dan bilal di Masjid Jamek Taman Tas berkata, kehidupan mereka sekeluarga sebelum ini agak susah kerana dia hanya bekerja kampung tanpa pendapatan tetap.

“Walaupun ketika itu saya berdepan kesukaran untuk menampung perbelanja­an keluarga, namun ia bukan alasan untuk mengabaika­n masa depan anak-anak malah saya sentiasa menekankan soal pendidikan.

“Saya mendidik anak supaya minat membaca dan syukur mereka boleh dikategori­kan sebagai ‘ulat buku’, selain itu saya juga mengambil berat perkembang­an mereka di sekolah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis, di Seri Damai, di sini, semalam.

Ibrahim dan pasanganny­a antara tiga penerima anugerah khas yang disampaika­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud.

Ibrahim berkata, dia kini lega apabila semua anaknya sudah berjaya dan mempunyai kerjaya masing-masing malah kehidupan mereka sekeluarga juga tidak lagi susah seperti dahulu.

“Kini saya rasa berlapang dada kerana sudah lepas daripada keperitan yang dilalui sebelum ini dan sangat terharu apabila saya terpilih untuk menerima sumbangan dan anugerah khas ini,” katanya.

Sementara itu, Khairuddin berkata, 3,500 pengunjung hadir memeriahka­n majlis sambutan hari raya itu dan pihaknya turut menyampaik­an sumbangan kepada 90 anak yatim selain meraikan 17 bakal haji.

 ??  ??
 ?? Ibrahim ?? IBRAHIM (depan, dua dari kiri) dan isteri serta dua lagi penerima anugerah khas bersama Khairuddin (belakang, dua dari kiri). Walaupun ketika itu saya berdepan kesukaran untuk menampung perbelanja­an keluarga, ia bukan alasan untuk mengabaika­n masa...
Ibrahim IBRAHIM (depan, dua dari kiri) dan isteri serta dua lagi penerima anugerah khas bersama Khairuddin (belakang, dua dari kiri). Walaupun ketika itu saya berdepan kesukaran untuk menampung perbelanja­an keluarga, ia bukan alasan untuk mengabaika­n masa...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia