Harian Metro

MAYAT TERJULUR

Mayat kanak-kanak ditemui berulat dalam plastik sampah di tepi bengkel kereta

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

> Kejam! Seorang kanak-kanak ditemui mati dalam keadaan amat sadis dengan kesan hentakan di kepala sehingga tengkorakn­ya retak dan disumbat ke dalam karung sampah plastik hitam sebelum dihumban di kawasan semak berair berdekatan longkang. Mayat mangsa yang dianggarka­n berusia dua hingga tiga tahun itu sudah berulat dan sebelah kakinya terjulur keluar daripada plastik hitam berkenaan, lapor Mohd Hasbi Sidek

Kepala dihentak dengan objek keras sehingga tengkorak retak, disumbat di dalam plastik sampah sebelum dihumban di kawasan semak berair berdekatan longkang.

Demikian nasib seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan dua hingga tiga tahun dipercayai mangsa bunuh yang mayatnya ditemui dalam keadaan berulat berhampira­n sebuah bengkel kereta di Kampung Chin Lee, Batu 6, Jalan Kepong, di sini, kira-kira jam 3 petang semalam.

Mangsa ditemui pekerja premis besi buruk yang membersihk­an longkang di kawasan itu dalam keadaan sebelah kakinya terjulur keluar dari plastik sampah berwarna hitam.

Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, dia bergegas ke lokasi penemuan mayat itu selepas diberitahu mengenainy­a dan orang ramai mula mengerumun­i kawasan berkenaan.

“Saya diberitahu pekerja besi buruk yang menemui mayat kanak-kanak itu pada mulanya terhidu bau busuk. Dia kemudian memeriksa sekitar kawasan itu sebelum menemui satu plastik sampah berisi mayat.

“Berdasarka­n keadaan mayat yang sudah kehitam-hitaman selain dipenuhi ulat, saya percaya kanak-kanak itu mati sejak lebih dua hari lalu,” katanya yang juga pekerja di bengkel kenderaan berhampira­n kawasan kejadian. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md Isa berkata, sebaik pihaknya tiba di lokasi kejadian selepas menerima aduan orang awam, plastik sampah mengandung­i mayat mangsa dilihat di tepi semak berair.

“Pemeriksaa­n mendapati mayat kanak-kanak itu masih lengkap berpakaian selain turut dipakaikan lampin pakai buang,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaa­n lanjut oleh anggota forensik menemui kesan retak atau hentakan pada sebelah kanan kepala mangsa yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Menurutnya, setakat ini pihaknya belum dapat mengenal pasti kewarganeg­araan atau bangsa mangsa dan perlu menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mendapat maklumat lebih terperinci.

 ??  ??
 ??  ?? MAYAT kanak-kanak lelaki ditemui di dalam semak di Kampung Chin Lee.
MAYAT kanak-kanak lelaki ditemui di dalam semak di Kampung Chin Lee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia