Harian Metro

IBU ‘PUTERI EMAS’ TERGAMAM

Keluarga hanya menghubung­i juara acara 10 meter platform individu melalui WhatsApp

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

Tiada kata yang dapat diucapkan ibu kepada Cheong Jun Hoong melainkan perasaan gembira melihat kejayaan anaknya itu memenangi pingat emas dalam acara 10 meter platform individu pada Kejohanan Terjun Dunia di Budapest, Hungary, pagi semalam.

Jun Hoong, 27, berjaya memenangi emas bagi acara itu selepas mengumpul 397.5 mata menewaskan Si Yajie dari China dengan 396.0 mata dan juara dunia, Ren Qian 391.95 mata.

Ibunya, Leow Lai Kwan, 51, berkata, Jun Hoong berhak untuk menerima pingat itu selepas berpenat lelah menjalani latihan tanpa mengira masa sehinggaka­n tidak pulang ke rumahnya, di sini.

Menurutnya, dia melihat aksi terjunan anaknya di televisyen secara langsung dan tergamam melihat terjunan sempurna sehingga dinobatkan sebagai pemenang pingat emas acara itu.

Katanya, anaknya itu sudah lama tidak pulang ke rumah mereka, di sini kerana menjalani latihan di ibu negara dan mereka lebih banyak berhubung menerusi telefon serdengan ta aplikasi WhatsApp.

“Usaha kerasnya dalam menjalani latihan tanpa putus asa membuahkan hasil dan saya sekeluarga sangat gembira dengan prestasi ditunjukka­nnya itu.

“Saya berharap seluruh rakyat Malaysia terus memberikan sokongan kepadanya untuk memperoleh lebih banyak kejayaan diperingka­t dunia,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, adiknya Cheong Jun Yeng, 24, mengakui sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bagi kepada kakaknya itu dan akan menyambut kepulangan kakaknya di Kuala Lumpur, Isnin depan.

Ditanya sama ada mereka sekeluarga ada memberikan kata-kata perangsang sebelum Jun Hoong turun ke gelanggang, Jun Yeng berkata, prinsip keluargany­a berbeza dengan orang lain iaitu mereka tidak akan bercakap dengannya sebelum acara bermula.

Katanya, prinsip keluargany­a itu adalah kerana tidak mahu memberikan tekanan kepada Jun Hoong serta memberikan­nya masa untuk menenangka­n diri kerana sukan terjun memerlukan ketenangan sebelum melakukan terjunan.

Usaha kerasnya dalam menjalani latihan tanpa putus asa membuahkan hasil dan saya sekeluarga sangat gembira dengan prestasi ditunjukka­nnya itu” Leow Lai Kwan

 ??  ??
 ??  ?? JUN Hoong LAI Kwan (kanan) bersama anak bongsunya, Jun Yeng melihat Jun Hoong menerima pingat emas melalui
telefon bimbit.
JUN Hoong LAI Kwan (kanan) bersama anak bongsunya, Jun Yeng melihat Jun Hoong menerima pingat emas melalui telefon bimbit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia