Harian Metro

HILANG SELEPAS DITEMBAK SOLAT DEPAN AL-AQSA

Tentera Zionis ‘angkut’ pemuda parah lepas ditembak

- Amir Abd Hamid, Mohd Firdaus Ibrahim dan Yusmizal Dolah Aling am@hmetro.com.my

Sudahlah ditembak dan dibaling bom, seorang remaja lelaki yang parah ‘diculik’ tentera Israel dari unit rawatan rapi (ICU) Hospital Al-Makassed di Tebing Barat dan nasibnya kini masih belum diketahui.

Itu antara situasi terkini dan bukti kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang mana ketegangan disebabkan penutupan Masjid al-Aqsa Jumaat lalu terus merebak ke wilayah lain.

Perintah larangan itu ditarik balik dua hari kemudian namun kawalan tentera dilakukan sepenuhnya termasuk penggunaan pengesan elektronik dikenakan kepada seluruh Muslim jika mahu masuk ke masjid berkenaan.

Terdahulu, Alaa Abu Tayeh, 17, bersama rakannya dilaporkan diserang tentera rejim yang melepaskan tembakan dan bom tangan.

Penyelaras Media Aman Palestin di Gaza, Hamza Deirawi berkata, Alaa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh rakannya.

“Dia (Alaa) yang parah bagaimanap­un diculik tentera rejim yang datang ke hospital berkenaan. Nasibnya sehingga kini tidak diketahui,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurut Hamza, ketegangan yang bermula di Masjid al-Aqsa Baitulmaqd­is kini mula merebak ke wilayah lain.

“Semua merasai tekanan yang berlaku. Selagi perintah sekatan itu tidak ditarik balik keadaan tegang ini akan terus berlaku,” katanya.

Menjawab soalan wartawan mengenai situasi di Masjid al-Aqsa, Hamza berkata, hak rakyat Palestin terus dinafikan.

“Penggunaan penggera elektronik, pagar elektronik dan kawalan tentera di masjid suci itu terus berlaku.

“Lebih 3,000 penduduk Palestin terus berkumpul sebagai tanda protes

terhadap tindakan itu dari malam tadi (kelmarin) hingga ke pagi ini (semalam),” katanya.

Katanya, pertembung­an antara warga Palestin dan tentera rejim menyebabka­n ramai ditahan.

“Penahanan terus dilakukan rejim dan seperti diketahui, nasib buruk akan dihadapi mereka yang ditahan.

“Apapun perjuangan membebaska­n al-Aqsa akan terus dilakukan,” katanya.

Tindakan kekerasan turut dilaporkan portal berita AlJazeera yang mengatakan, tentera

rejim memukul rakyat Palestin yang berkumpul di kawasan masjid suci itu menggunaka­n kayu.

“Tentera rejim turut melepaskan bom asap bagi menyuraika­n kumpulan rakyat Palestin itu,” katanya.

Katanya, usaha menyuraika­n kawasan masjid suci itu daripada dipenuhi warga Palestin terus berlaku termasukla­h penahanan mereka yang degil.

“Arahan terkini, semua kenderaan diarah mengosongk­an kawasan itu,” katanya.

Palestin Info Centre pula memetik Pemimpin gerakan Hamas Syakir Imarah sebagai berkata, insiden yang

berlaku di Masjid al-Aqsa disebabkan rancangan rejim zionis untuk membahagik­an masjid suci itu mengikut waktu tertentu.

“Sekiranya al-Aqsa jatuh bermakna dunia Arab dan juga kaum Muslimin akan jatuh dan bermulalah era penghinaan untuk seluruh umat Islam,” katanya.

Terkini, lebih 3,000 rakyat Palestin membanjiri pekarangan Masjid al-Aqsa meneruskan protes bagi mendesak kerajaan haram Israel menghapusk­an sekatan di masjid berkenaan.

Ketegangan bermula Jumaat lalu selepas warga Palestin tidak dibenarkan memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat.

Warga Palestin bertegas menolak kawalan itu sebelum menunaikan solat di pekarangan Masjid al-Aqsa selain berkumpul setiap waktu solat melakukan bantahan.

Kelmarin, lima warga Palestin parah, 45 yang lain cedera selepas ditembak menggunaka­n peluru getah dan gas pemedih mata oleh tentera rejim bagi mengosongk­an kawasan itu.

 ??  ?? POLIS dan tentera Israel berkawal ketika penduduk Palestin menunaikan solat di pekarangan Masjid al-Aqsa.
POLIS dan tentera Israel berkawal ketika penduduk Palestin menunaikan solat di pekarangan Masjid al-Aqsa.
 ??  ?? b e
b e
 ??  ??
 ??  ?? POLIS Israel menahan seorang lelaki yang membuat bantahan terhadap sekatan
ke atas Masjid al-Aqsa. SEORANG kanak-kanak Palestin menyertai protes bantahan penggunaan pagar elektronik di Masjid al-Aqsa. TENTERA Israel memasang kamera di...
POLIS Israel menahan seorang lelaki yang membuat bantahan terhadap sekatan ke atas Masjid al-Aqsa. SEORANG kanak-kanak Palestin menyertai protes bantahan penggunaan pagar elektronik di Masjid al-Aqsa. TENTERA Israel memasang kamera di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia