Harian Metro

5 BERADIK TAGIH IHSAN JIRAN

Wanita hamil anak kesembilan tebal muka harapkan ihsan tetangga

- Mohammad Ishak am@hmetro.com.my

Kerana kesempitan hidup, hampir setiap malam anak-anaknya ke rumah jiran meminta makanan.

Bagi Norhasnah Hamzah, 34, soal malu terpaksa diketepika­n kerana hanya itu cara mampu dilakukan untuk mengisi perut dia dan lima anak, manakala tiga anak lagi tinggal bersama keluarga terdekat.

Menurutnya, lima anak yang dalam jagaannya ialah Nornamira Shaida Amran, 13, Norhazira Shahira, 11, Nor Fatin Hidayah, 10, Nor Yana Najua, 8, dan Mohd Sazlan, 2. Manakala tiga yang lain, Mohd Izzuan Shaifuddin, 6, Mohd Rezeki Iman, 15, dan Norauri Zaika, 3, tinggal bersama emak saudara mereka.

Tambah mengharuka­n, wanita itu kini hamil lima bulan anak kesembilan.

“Suami saya tidak tinggal bersama dan hanya pulang sekali-sekala saja. Hidup saya susah hinggakan bergelap pada waktu malam sejak dua bulan lalu selepas bekalan elektrik dipotong kerana tak mampu membayar.

“Malah, anak selalu pergi ke rumah jiran setiap malam untuk meminta makanan, selain saya sendiri meminta ihsan tetangga untuk dapatkan sumber makanan,” katanya kepada Harian Metro, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beris Lampu, Kuala Besut, dekat sini, semalam.

Norhasnah berkata, kerana kesusahann­ya, enam daripada lapan anaknya tidak dihantar ke sekolah.

“Rumah sewa yang didiami sekarang dibayar MAIDAM (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu) dengan sewa RM250 sebulan, tetapi sejak awal tahun ini pihak terbabit menarik balik bantuan berkenaan kerana tuan rumah tidak bersetuju.

“Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Puteri UMNO sering membantu dengan memberi bantuan kewangan, makanan dan pakaian untuk anak-anak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NORHASNAH mendukung anak sambil menunjukka­n bekalan elektrik yang dipotong.
NORHASNAH mendukung anak sambil menunjukka­n bekalan elektrik yang dipotong.
 ??  ?? NORHASNAH bersama sebahagian anak-anaknya.
NORHASNAH bersama sebahagian anak-anaknya.
 ??  ?? KEADAAN rumah sewa yang didiami Norhasnah.
KEADAAN rumah sewa yang didiami Norhasnah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia