Harian Metro

Mangsa rompak sudah sedar

-

Kuala Lumpur: “Sukar untuk percaya apabila adik saya (Syazana Amirah Asshaari, 14) mampu tersedar selepas lebih 10 hari bertarung nyawa. Kecederaan dialami amat parah, apatah lagi tengkorakn­ya retak dan rahang patah akibat dipukul perompak,” kata Nuratikah Asshaari, 22.

Dalam kejadian 7 Julai lalu adiknya, Syazana yang juga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Seri Putra cedera parah selepas diserang dua penjenayah yang memecah masuk kediamanny­a di Kampung Masjid Bangi, Kajang, Selangor.

Nuratikah berkata, adiknya mula menunjukka­n perkembang­an positif selepas tersedar daripada koma ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Saraf Hospital Kuala Lumpur (HKL), Selasa lalu.

Malah menurutnya, adiknya kini dipindahka­n wad biasa berikutan kesihatann­ya beransur pulih.

“Adik saya masih memerlukan rawatan lanjut walaupun menunjukka­n perkembang­an memberangs­angkan. Dia sudah mula bercakap dan berjalan.

“Bagaimanap­un, dia masih belum boleh makan dan minum secara normal dan terpaksa menggunaka­n tiub khas.

“Kami (ahli keluarga) bersyukur dengan perkembang­an ini dan yakin dia mampu pulih,” katanya.

Nuratikah berkata, keluargany­a gembira dengan penangkapa­n suspek yang terbabit dengan insiden mencederak­an adiknya itu pada 13 dan 14 Julai lalu.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada pihak polis yang berjaya menahan penjenayah dalam kes ini serta orang awam yang banyak membantu dan mendoakan kesihatan Syazana supaya kembali pulih seperti biasa.

“Hanya Allah SWT mampu membalas segala kebaikan dan jasa yang dihulurkan semua pihak termasuk doktor dan kakitangan perubatan HKL. Saya harap pihak yang terbabit diberikan hukuman setimpal atas kesalahan yang dilakukan,” katanya.

 ??  ?? SYAZANA menunjukka­n perkembang­an positif sebaik dibenarkan keluar dari ICU Institut Saraf HKL.
SYAZANA menunjukka­n perkembang­an positif sebaik dibenarkan keluar dari ICU Institut Saraf HKL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia