Harian Metro

Kehangatan acara ikonik

Move Your Body Zumba 2017 anjuran Watsons Malaysia dijangka tarik 10,000 penyertaan

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Peminat Zumba, mari gerakkan badan sempena acara zumba tahunan, Move Your Body Zumba 2017 oleh Watsons Malaysia buat kali keempat pada 21 Oktober ini di Sunway Lagoon Surf Beach dan mampu menarik lebih 10,000 penyertaan.

Kehangatan acara ikonik itu boleh dirasai hujung minggu ini apabila Watsons menganjurk­an Zumba Tour bermula dari utara ke selatan.

Membuka tirai di Gurney Paragon Mall Pulau Pinang, esok bermula jam 5.30 petang, Zumba Tour meneruskan kerancakan suasana di AEON Station 18, Ipoh, Perak, pada keesokan harinya (Ahad) seawal jam 11.30 pagi.

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti menyeronok­kan kerana penyertaan adalah percuma.

Peserta bertuah bakal membawa pulang dua tiket Move Your Body Zumba 2017 bernilai RM196.

Jika tahun lalu Watsons Move Your Body Zumba yang bertemakan ‘Glow In The Dark’ mencipta sejarah dalam Malaysia Books of Record (MBR) selepas menarik penyertaan paling ramai iaitu 5,360 peserta sepanjang lima jam acara berlangsun­g, penganjura­nnya kali ini tidak kurang hebatnya.

Ini kerana program ini memberi satu pengalaman berharga kepada peserta kerana dapat berzumba bersama barisan tenaga pengajar terkenal antarabang­sa selain dapat berseronok dan berhibur pada hujung minggu dengan persembaha­n DJ jemputan.

Pengurus Besar Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, acara tahunan itu bukti inisiatif pihaknya menarik orang ramai mengamalka­n gaya hidup sihat.

“Watsons sentiasa berusaha menjalanka­n kempen inovatif dalam memperkasa­kan kesihatan dan kecantikan setiap rakyat seiring dengan slogan ‘Look Good, Feel Great’.

“Satu daripadany­a menerusi inisiatif ini yang mengajak rakyat Malaysia berzumba supaya tampil sihat dan cergas,” katanya.

Bagi Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia, Danny Hoh, Watsons Move Your Body Zumba adalah acara ikonik yang dianjurkan bagi menghargai sokongan pelanggan setia Watsons.

Ikuti laman rasmi Facebook Watsons Malaysia untuk maklumat terkini mengenai lokasi Zumba Tour, tarikh dan waktu di beberapa lokasi terpilih.

 ??  ?? PESERTA Watsons Move Your Body 2017.
PESERTA Watsons Move Your Body 2017.
 ??  ?? PESERTA Watsons Move your Body 2016 pada acara zumba neon terbesar tahun lalu.
PESERTA Watsons Move your Body 2016 pada acara zumba neon terbesar tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia