Harian Metro

Sebulan tak dengar khabar

-

Melaka: “Sudah lebih sebulan, namun sampai sekarang belum ada sebarang khabar berita daripada Along” kata Azmi Akob, 56, berikutan anak lelakinya Azrin Azmi, 34, tidak pulang selepas keluar dari rumah mereka di Taman Bertam Perdana, Bertam Malim, di sini, sejak 13 Jun lalu.

Azmi yang juga kakitangan hospital awam di negeri ini berkata, Azrin yang manja dengan panggilan Along tidak pulang selepas ke Danau Kota, Kuala Lumpur untuk membeli kelengkapa­n Aidilfitri.

Malah setakat ini keluargany­a sudah membuat dua laporan mengenai kehilangan Azrin di Balai Polis Malim dan Bukit Baru pada 20 dan 30 Jun lalu.

Azmi berkata, anak lelakinya itu yang bekerja di syarikat swasta keluar dari rumah mereka pada jam 10.30 pagi untuk ke Kuala Lumpur bersama seorang rakan.

Sejak itu, dia atau ahli keluarga lain tidak menerima sebarang khabar daripada Azrin yang juga anak sulung daripada lapan adik-beradik.

“Kami cuba menghubung­i Along menggunaka­n telefon bimbitnya, namun gagal malah alat telekomuni­kasi itu sudah tidak berfungsi.

“Kerana risau kami menghubung­i rakan menemaniny­a ke Kuala Lumpur dan dia memaklumka­n Along sudah meninggalk­an Danau Kota, kerana mahu berjumpa kawan.

“Lelaki itu kemudian pulang sendiri ke Melaka, malah dia juga risau kerana sampai sekarang gagal menghubung­i Along untuk bertanyaka­n khabar,” katanya, ketika ditemui, semalam.

Dia menolak kemungkina­n anaknya itu tidak pulang ke rumah kerana merajuk berikutan tidak timbul salah faham antara mereka, sebaliknya Azrin, kelihatan ceria ketika melakukan persiapan menyambut Aidilfitri.

Dia mengharapk­an Azrin kembali semula ke pangkuan keluarga dan meminta orang ramai yang mengetahui lokasi terkini anak sulungnya itu supaya menghubung­inya di talian 012-3177319 atau 012-6810973 (Azmi) atau balai polis berhampira­n.

 ??  ?? AZMI menunjukka­n laporan dibuat mengenai kehilangan Azrin (kanan).
AZMI menunjukka­n laporan dibuat mengenai kehilangan Azrin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia