Harian Metro

Berdoa Arjuna besar depan mata

-

Batu Pahat: “Saya berdoa supaya dapat melihat Arjuna membesar depan mata, namun jika ditakdirka­n dia ‘pergi’, kami tetap pasrah dan reda dengan ketentuan Allah,” kata Mohd Hafizi Jumhari, 30.

Mohd Hafizi ialah bapa kepada Muhamad Arjuna, bayi lelaki berusia 82 hari yang kisahnya tular apabila tidak mampu menjalani kehidupan normal, sekali gus menjadikan hospital sebagai tempat tinggal sejak dilahirkan pada 30 April lalu selepas mengalami masalah gangguan saraf otak.

Katanya, dia masih berharap keajaiban berlaku dan anak bongsu daripada lima beradik itu sembuh daripada penyakit yang belum diketahui sehingga kini, sekali gus sanggup bernazar demi kesembuhan anaknya.

“Sebelum ini ketika usianya mencecah 70 hari, saya ada bernazar jika Arjuna mampu bernafas secara normal dan tidak bergantung hidup pada alat bantuan pernafasan, saya akan mencukur kepala dan Alhamdulil­lah, Allah izinkan nazar saya itu.

“Isteri saya juga teringin sangat menyusukan anak bongsu kami kerana sejak lahir hingga usianya 82 hari ketika ini, Arjuna tak pernah merasainya.

“Malah, Arjuna sudah lupa sifat semula jadinya untuk menyusu kerana selama ini dia hanya minum melalui tiub,” katanya.

Katanya, Arjuna kini ditempatka­n di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru mulai Isnin lalu selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat sejak lahir.

Katanya, sejak kisah anaknya ditularkan, pihaknya menerima sumbangan daripada orang ramai membuatkan dia serta isteri Noorismali­za Ahmad, 27, bersyukur selain menghargai bantuan mereka.

Orang ramai yang bersimpati dengan keluarga berkenaan boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun Maybank 1514632500­66 atas nama Noorismali­za Ahmad.

 ??  ?? MUHAMAD Arjuna mengalami masalah gangguan saraf otak.
MUHAMAD Arjuna mengalami masalah gangguan saraf otak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia