Harian Metro

‘Tunggu kami cekup’

- BERNAMA

 SPRM sahkan tangkapan kes FIC akan dibuat dalam masa terdekat

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahka­n ada tangkapan akan dilakukan berhubung pembelian sebuah hotel di London oleh FELDA Investment Corporatio­n (FIC) dalam masa terdekat, kata Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.

“Seperti yang dimaklumka­n Timbalan Ketua Pesu- ruhjaya SPRM Datuk Azam Baki, hasil semakan biro siasatan kami, ada tangkapan yang dilakukan dalam masa terdekat iaitu waktu bekerja. “Tunggulah, kami tunggu,” katanya ketika diminta tarikh spesifik penangkapa­n berkenaan.

Dzulkifli berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran drama bersiri ‘Banteras’ kolaborasi antara SPRM dan Fantasy Film Sdn Bhd, di sini, semalam. Bagaimanap­un, beliau enggan memaklumka­n jumlah yang akan ditangkap mahupun jawatan mereka.

“Tangkapan kami buat dan selepas tangkapan mesti ada siasatan lanjut. Sekiranya ada siasatan lanjut atau keperluan siasatan dan tangkapan lanjut, kami akan buat,” katanya.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kensington, London antara 2013 hingga 2015 oleh FIC, dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabka­n anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

FIC dilaporkan membeli hotel empat bintang di Kensington, London pada STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia