Harian Metro

FGV lantik Khairil Anuar

-

Lumpur: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik Datuk Khairil Anuar Aziz sebagai Pegawai Bertanggun­gjawab untuk Tugas dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, FGV juga mengumumka­n Jawatankua­sa Eksekutif Lembaga dibubarkan serta-merta mulai hari ini (semalam).

Khairil Anuar yang dilahirkan dan dibesarkan di FELDA Sungai Klah, Sungkai, Perak, kini Ketua

>>Khairil Anuar generasi kedua peneroka FELDA

Pegawai Operasi, Logistik dan Sektor Lain FGV yang menyertai kumpulan itu sejak 2012.

“Beliau generasi kedua peneroka FELDA,” katanya.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, FGV mengumumka­n Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd memperoleh 400,000 saham FGV pada 17 Julai 2017.

Dengan pengambila­lihan itu, koperasi itu mempunyai 204.56 juta saham bersamaan dengan 5.61 peratus kepentinga­n ekuiti FGV.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia