Harian Metro

Solat Jumaat di hadapan Masjid al-Aqsa

-

Kuala Lumpur: Rakyat Palestin di sekitar Baitulmaqd­is tidak akan melakukan solat Jumaat di dalam Masjid al-Aqsa hari ini sebaliknya ribuan mereka menunaikan kewajipan itu di hadapan kompleks masjid berkenaan.

Pengarah Media Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Belal Samir berkata, tindakan itu sebagai memprotes langkah keselamata­n Israel yang dianggap mencabul hak umat Islam khususnya Palestin terhadap masjid ketiga suci selepas Masjidilha­ram dan Masjid Nabawi.

Menurutnya, penduduk Palestin tidak dapat menerima sama sekali pencabulan hak yang dilakukan Israel sedangkan Masjid al-Aqsa adalah jelas milik umat Islam.

“Kami ada hak penuh pada bila-bila masa untuk solat dan beribadah tanpa sebarang syarat atau paksaan untuk jalani pemeriksaa­n pengesanan logam menerusi pintu masuk Masjid al-Aqsa.

“Selain itu, sudah pasti Israel akan mendapat pengajaran supaya tidak melakukan sesuatu pencabulan hak terhadap Masjid al-Aqsa sebab mereka kena fikirkan sensitivit­i umat Islam seluruh dunia.

“Dunia sudah bersuara. Saya menghargai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid al-Aqsa dan menafikan hak umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Sementara itu, pelajar Palestin yang melanjutka­n pelajaran di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya

(UM) Rami Dalloul, 20, ketika ditanya kemungkina­n akan berlakunya intifada baru susulan situasi tegang ketika ini berkata, dia tidak dapat memastikan perkara itu.

Namun, katanya, gelombang gerakan protes terhadap Zionis sudah semakin merebak dan memuncak bukan saja di tempat kelahirann­ya di Gaza malah ke seluruh Palestin.

“Di Gaza, saya jangkakan akan berlaku perang tidak lama lagi. Apa pun, Alhamdulil­lah ibu bapa dan adik-beradik masih selamat sepanjang konfrontas­i dengan Israel yang selalu berlaku di Gaza.

“Esok (hari ini) akan berlakunya Kemarahan Jumaat Untuk al-Aqsa. Tekanan berterusan terhadap kekejaman rejim Zionis ini akan diadakan sehingga mereka mengalah,” kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia