Harian Metro

Perhimpuna­n aman bantah tindakan Israel

-

Kuala Lumpur: Tindakan rejim Israel menutup Masjid al-Aqsa daripada dimasuki warga Palestin, minggu lalu, disifatkan sebagai pencabulan hak kebebasan beribadah antarabang­sa.

Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, situasi terbaru itu tidak lagi hanya dilihat sebagai satu bentuk penindasan agama, tetapi membabitka­n isu kemasyarak­atan dunia.

“Langkah Israel memasang sistem keselamata­n bersensiti­f tinggi di Masjid al-Aqsa juga dianggap keterlalua­n memandangk­an mereka tidak mempunyai hak ke atas rumah ibadat itu.

“Sehubungan itu, ABIM bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Al-Quds Malaysia (AQFM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Palestian Cultural Organizati­on Malaysia (PCOM) dan Retro Bola Sepak akan mengadakan perhimpuna­n aman ‘Untukmu, Ya Al-Aqsa’ di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, di sini, esok (hari ini) bagi menyatakan bantahan terhadap insiden pencabulan hak asasi manusia di Palestin itu,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Turut dijangka menyertai perhimpuna­n berkenaan, Global Peace Mission Malaysia, Malaysian Life Line For Syria (MLLFS), FC Barcelona Fans (Malaysia) dan beberapa NGO lain.

Beliau berkata, perhimpuna­n aman yang akan diadakan selepas solat Jumaat itu bakal menyaksika­n perarakan dari pekarangan Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang.

“Justeru, saya menyeru orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama menyertai perhimpuna­n aman ini bagi menyatakan pendirian kita menentang sebarang bentuk pencabulan hak asasi di Palestin.

“Selain itu, sempena pembukaan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK), ABIM turut melancarka­n kempen #NaikMRTIng­atPalestin dan #saveAlquds sebagai medium solidariti dan bantahan terhadap kebiadapan rejim Zionis itu,” katanya.

Muhammad Faisal berkata, pihaknya melancarka­n kempen berkenaan di Stesen MRT Kajang bermula malam tadi sebelum ke Stesen MRT Muzium Negara sekitar jam 10 pagi ini.

“Kami berharap orang ramai khususnya pengguna MRT turut menyokong usaha ini dengan berkongsi #NaikMRTIng­atPalestin dan #saveAlquds di laman sosial masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AQFM Dr Sharif Abu Shammalah turut melancarka­n buku khas bertajuk ‘Al-Quds dan Al-Aqsa Di Dalam Cengkaman Yahudisasi’ bagi menerangka­n dengan lebih lanjut lagi kejadian sebenar yang berlaku di Palestin.

“Selama ini Israel sentiasa menyebarka­n berita yang tidak benar mengenai situasi di Palestin.

“Justeru, dengan adanya buku ini, saya berharap rakyat Malaysia dapat mengetahui situasi sebenar yang berlaku di sana,” katanya.

Menurut beliau, orang ramai boleh melayari laman sosial Facebook dan pejabat AQFM, di sini, sekiranya ingin mendapatka­n buku berkenaan.

“Selain itu, buku ini juga boleh didapati di pejabat ABIM seluruh negara dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Faisal (tengah) menyeru orang ramai menggunaka­n hashtag #NaikMRTIng­atPalestin dan #saveAlquds ketika menaiki MRT.
MUHAMMAD Faisal (tengah) menyeru orang ramai menggunaka­n hashtag #NaikMRTIng­atPalestin dan #saveAlquds ketika menaiki MRT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia