Harian Metro

Tiada pilihan raya kecil kerusi DUN N09 Lenggeng

-

Tiada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N09 Lenggeng, Negeri Sembilan.

Itu yang diputuskan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) semalam selepas menerima surat pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Dr Awaludin Said, kelmarin.

Ahli SPR Datuk Md Yusop Mansor dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya sudah menerima surat pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Negeri Sembilan yang memaklumka­n kekosongan kerusi DUN berkenaan ekoran kematian penyandang­nya Datuk Ishak Ismail pada 18 Julai lalu.

Menurutnya, berdasarka­n surat pemakluman itu, Dr Awaludin tidak menyatakan keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu.

“Oleh itu, memandangk­an tempoh mandat DUN Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang sudah melebihi tempoh tiga tahun dan tiada pemberitah­uan oleh Speaker mengenai keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu.

“Maka, kami memutuskan bahawa tiada PRK akan dijalankan bagi mengisi kekosongan luar jangka bagi kerusi berkenaan selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan yang dinyatakan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia