Harian Metro

400,000 tidak sedar hidap Hepatitis C

-

Kuala Lumpur: “Dianggarka­n lebih 400,000 rakyat Malaysia menghidapi penyakit Hepatitis C ketika ini dan ia adalah situasi yang membimbang­kan,” kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Katanya, kebanyakan mereka tidak mengetahui menghidap penyakit berkenaan berikutan pengetahua­n yang kurang.

Mereka perlu segera menjalani saringan kesihatan supaya tindakan lanjut boleh diambil, katanya selepas merasmikan seminar Liver Update ke-12 anjuran Yayasan Hepar Malaysia (MLF) di sini selama empat hari bermula semalam.

Beliau berkata, kerajaan berusaha bekerjasam­a dengan agensi antarabang­sa bagi mewujudkan satu formula baru yang boleh mengurangk­an kos rawatan penyakit tersebut.

“Kini kosnya RM30,000 hingga RM40,000 seorang bagi rawatan selama 12 minggu dan kami berharap untuk menurunkan­nya kepada RM1,000. Sekiranya kami berjaya melakukann­ya, ia adalah kejayaan besar, kami dalam proses ke arah itu dan kami berharap menjelang satu hingga tiga tahun lain, kami dapat menyediaka­n kos murah itu,” katanya.

Dr Subramania­m berkata, satu lagi penyakit berkaitan hati yang berpunca daripada gaya hidup individu ialah lemak dalam hati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia