Harian Metro

‘Berilah saya kerja’

- Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

 Mohd Shukri mahu ubah nasib anak, isteri

“Ketika ini, keputusan dibuat terlalu sukar namun apakan daya, saya tidak mampu menyewa rumah.”

Itu luahan Mohd Shukri Azali Musa, 27, yang terpaksa menumpang di rumah ibu mentuanya yang bukan beragama Islam berikutan kesempitan hidup sejak enam tahun lalu.

Mohd Shukri berasal dari Kuantan, Pahang yang berhijrah ke Seremban sejak 10 tahun lalu melakukan pelbagai pekerjaan hingga bertemu jodoh dengan Norshimah Sekil Abdullah, 28, iaitu anak Orang Asli Kampung Palebar, Sendayan.

Perkahwina­n pasangan itu akhirnya dikurniaka­n sepasang cahaya mata iaitu Muhammad Alif, 5, dan Lara Alyana, setahun.

Bagaimanap­un, anak sulung pasangan itu terpaksa dijaga ibu Mohd Shukri di Pahang berikutan kesempi- tan hidup selepas tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Saya tidak mampu menyewa rumah kerana memerlukan modal besar. Disebabkan itulah saya terpaksa menumpang di rumah mentua bukan Islam.

“Ditambah pula tahap kesihatan anak bongsu yang tidak mengizinka­n kerana sering diserang asma,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di perkampung­an Orang Asli, Kampung Palebar Baru, Pasir Panjang, di sini, kelmarin.

Menurut Mohd Shukri, dia tidak pernah merayu orang ramai menghulurk­an bantuan sebaliknya berharap ada pihak sudi memberi pekerjaan tetap untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Saya bukan orang pandai kerana sekolah pun tidak habis. Malah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun saya tidak ada. Keluarga mentua saya baru berpindah ke sini sejak setahun lalu.

“Bagi kami, semua orang berhak memberikan pandangan biarpun ada yang mengecam. Saya cuma mahu mengubah kehidupan ke arah lebih baik,” katanya yang bekerja di ladang buah naga di Pasir Panjang.

Bagi meringanka­n beban ditanggung Mohd Khairul, Pertubuhan Kebajikan Asnaf dan Setia Kasih (PERKASIH) Negeri Sembilan tampil menghulurk­an bantuan barangan keperluan.

 ??  ?? MOHD Shukri bersama isteri dan anaknya di Kampong Orang Asli, Kampung
Palebar.
MOHD Shukri bersama isteri dan anaknya di Kampong Orang Asli, Kampung Palebar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia