Harian Metro

Gagal memotong bertembung bas

-

Butterwort­h: Gagal memotong kenderaan di hadapan menyebabka­n sebuah Perodua Axia dinaiki tiga rakan bertembung dengan bas RapidPenan­g menyebabka­n seorang daripada mereka maut dalam kejadian di Jalan Teluk Air Tawar, dekat sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 9.10 pagi apabila Perodua Axia berkenaan dalam perjalanan dari arah Kepala Batas menghala pekan ini sebelum bertembung dengan bas berkenaan dari arah bertentang­an.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, berdasarka­n siasatan, pemandu kereta terbabit berusia 20 tahun dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapan, tetapi gagal.

Pada masa sama, katanya, sebuah bas dari arah pekan ini gagal mengelak lalu berlaku pertembung­an yang menyebabka­n Perodua Axia itu remuk teruk di bahagian depan.

“Berikutan pertembung­an itu, pemandu kereta terbabit tersepit di tempat duduk dan patah kaki kanan, manakala penumpang hadapan berusia 20-an cedera di muka.

“Penumpang belakang dikenali sebagai Syumul Yasier Ikhwan Abd Hisham berusia 21 tahun dan berasal dari Alor Setar, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala,” katanya.

Azmi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

 ??  ?? BAS dan kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Telok Air Tawar, Butterwort­h, Pulau Pinang.
BAS dan kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Telok Air Tawar, Butterwort­h, Pulau Pinang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia