Harian Metro

‘Kami tetap dengan keputusan itu’

-

Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ‘berkeras’ dengan keputusan untuk mengarahka­n parti DAP supaya mengadakan pemilihan semula Jawatankua­sa Tertinggi Pusat (CEC) yang baru.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pemilihan semula CEC baharu itu bagi membolehka­n perwakilan memilih 20 orang anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

“Kami tetap dengan keputusan itu dan ia kekal serta tidak akan berubah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, pihaknya sudah menghantar surat kepada parti itu dan mengarahka­n mereka mengadakan pemilihan semula CEC selain memberi tempoh 14 hari untuk memberi maklum balas rasmi.

Mohammad Razin berkata, arahan itu dikeluarka­n kerana pihaknya masih belum menerima dan mengiktira­f pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.

“Selagi DAP tidak buat pemilihan semula CEC baru, jawatankua­sa tertinggi mereka tidak boleh diiktiraf dan menyebabka­n sebarang keputusan yang dibuat tidak sah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia