Harian Metro

Nazri bakal terima Anugerah Pelopor ASEAN 2017

-

Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz antara empat individu yang bakal menerima Anugerah Pelopor ASEAN 2017 sempena Sambutan Gala Jubli Emas ASEAN ke-50 dan ulang tahun ke-40 jalinan hubungan antara Amerika Syarikat dan ASEAN di Beverly Hills, California, pada 9 September depan.

Presiden Persatuan Penduduk ASEAN (ASEAN PAC) Nellsen Young berkata, anugerah itu diberikan kepada individu yang menunjukka­n teladan terbaik dan komitmen serta dedikasi terhadap jalinan perniagaan serta hubungan antara masyarakat ASEAN.

“Tiga lagi yang akan menerima anugerah sama ialah bekas Duta Amerika Syarikat di ASEAN Nina Hachigian, bekas doktor White House Dr Connie Mariano dan Eksekutif Lembah Silikon White House Sonita Lontoh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia