Harian Metro

Imbas Hari Kebangsaan 1957

-

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2017 pada 31 Ogos, manakala sambutan Hari Malaysia berlangsun­g di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September depan.

Perkara itu diputuskan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, sambutan Hari Kebangsaan kali ini menampilka­n kelainan dengan menghidupk­an semula sambutan Hari Kebangsaan pada 1957.

“Sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Dataran Merdeka namun kita membawa konsep Stadium Merdeka di situ untuk mengembali­kan nostalgia sambutan kemerdekaa­n 1957.

“Malah, setiap susun atur kedudukan juga dibuat sama seperti di stadium termasuk skrin gergasi yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka sepanjang 200 meter,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Putrajaya, semalam.

 ??  ?? SALLEH menunjukka­n rancangan susun atur Sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka 31 Ogos depan.
SALLEH menunjukka­n rancangan susun atur Sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka 31 Ogos depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia