Harian Metro

Rumah di tanah IWK

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

 Kawasan loji diperkecil bagi bina 500,000 kediaman

Kerajaan akan membina 500,000 unit rumah awam di kawasan tanah loji rawatan kumbahan seluruh negara bagi mengatasi masalah kekurangan tanah perumahan terutama di kawasan bandar.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan menjalinka­n kerjasama pintar dengan sebuah syarikat untuk merealisas­ikan perkara itu yang kini sedang diperhalus­i sebelum dilaksanak­an.

“Kawasan loji rawatan kumbahan ini berada di bawah IWK (Indah Water Konsortium Sdn Bhd) dan akan dijadikan kawasan perumahan awam membabitka­n 500,000 unit rumah di

lokasi strategik seluruh negara. “Setakat ini, kita sudah dapat kelulusan dasar daripada Jemaah Menteri dan akan diperincik­an sebelum keputusan pelaksanaa­nnya dimuktamad­kan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun SPNB ke-20 di Menara FELDA Platinum Park, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Pengerusi SPNB Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Datuk Ahmad Azizi Ali.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Perumahan berkata, usaha itu akan menggunaka­n teknologi terkini yang menggunaka­n keluasan tanah lebih kecil berbanding sebelum ini tanpa menimbulka­n isu berkaitan kesan loji rawatan kumbahan kepada penduduk.

“Melalui teknologi ini, hanya lima hingga 10 peratus tanah IWK digunakan sebagai loji rawatan kumbahan manakala baki selebihnya digunakan untuk membina unit rumah awam berkenaan.

“Dengan kemodenan teknologi yang digunakan, fungsi loji rawatan kumbahan masih sama walaupun bersaiz lebih kecil dan tidak akan menjejaska­n keselesaan pemilik rumah,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Zahid menyempurn­akan Sambutan Ulang Tahun SPNB ke-20. Hadir sama, Johari (dua dari kiri), Dr Abd Latiff (kiri) dan Ahmad Azizi (kanan).
AHMAD Zahid menyempurn­akan Sambutan Ulang Tahun SPNB ke-20. Hadir sama, Johari (dua dari kiri), Dr Abd Latiff (kiri) dan Ahmad Azizi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia